Wednesday 28 December 2011

MISYAR (e)

     " Bila kita menutup jalan yang halal, kita mungkin membuka jalan yang haram. Pada pandangan saya kepada semua siswa dan siswi sekalian kalau dah suka sama suka antara satu sama lain,rujuk kepada ibu bapa, dan kepada ibu bapa jika lelaki atau wanita itu tidak membawa kepada kemudaratan, maka permudahkanlah. Jangan kita lebihkan budaya melebihi syariat, kalau islam tidak kata salah jangan kita susahkan. Apa yang diperlukan dalam islam ialah mas kahwin yang dipersetujui oleh oleh kedua-dua pihak, tidak perlu hantaran pun, jika mahu adakan hantaran hanya mengikut kemampuan. Jangan terlalu taksub dengan budaya, islam datang membebaskan diri kita dan mengajarkan kita hidup secara praktikal serta mudah ", Tadkirah Ustaz Sharul di surau sementara menunggu waktu isyak. Nadjmi turut sama di dalam majlis ilmu tersebut begitu tertarik dengan kata-kata Ustaz Shahrul dan membuatkannya lebih bersemangat. Dia perlu berjumpa Ustaz pada keesokan paginya.

      " Assalamualaikum Ustaz" Nadjmi memberi salam selepas beberapa kali megetuk pintu bilik Ustaz Shahrul.
" Waalaikumusalam Muhammad Nadjmi, macam mana perkembangan program yang kita rancangkan tu? Ustaz Shahrul mula membuka topik perbualan mereka.
" Alhamdulillah Ustaz, kita tetap akan mulakan pada hari yang kita rancangkan tu, cuma....." Nadjmi sedang memikirkan sesuatu.
" Cuma apa Muhammad Nadjmi?" Ustaz Shahrul menyoal Nadjmi.
" Mama ngan papa saya macam mana Ustaz? saya masih tak dapat persetujuan dari mereka, mama Nadjmi tak faham Nadjmi la Ustaz...." Nadjmi menjelaskan dengan nada sedikit kecewa, dia kecewa kerana mamanya tidak memahami akan kemahuannya.
" Muhammad Nadjmi, kamu jangan risau hal itu, kan Ustaz dah janji nak membantu kamu, kamu hanya buat tugasan yang Ustaz beri tu ya, Insya Allah.. semoga Allah permudahkan amal ibadah yang kita rancangkan ini.
" Insya Allah Ustaz, ermm Farah macam mana Ustaz? keluarga dia?" Masih ada lagi yang bermain di fikiran Nadjmiketika itu.
" Tentang itu pun kamu jangan bimbang, Ustaz akan uruskan". jawab Ustaz dengan tenang.
" Alhamdulillah, saya mintak diri dulu Ustaz, kalau ada apa-apa saya datang jumpa Ustaz balik...Asalamualaikum.."Nadjmi ingin menamatkan perbualan mereka.
" Ya Insya Allah, Waalaikumusalam.." balas Ustaz Nadjmi.


   Farah berasa agak terkejut apabila abahnya menceritakan tentang apa yang dirancangkan oleh Nadjmi dan Ustaz Shahrul. Dia begitu tidak menyangka bahawa Nadjmi benar-benar mahu megotakan janjinya, Farah juga berasa lega kerana ibu dan abahnya menerima dengan hati yang terbuka tentang hubungannya dengan Nadjmi. Tetapi, masalah yang paling besar ialah Puan Faizah, iaitu mana Nadjmi. Farah menaip mesej, persoalan dikepalanya harus diberikan jawapan segera.
 
 " Salam, Mcmner ngan mama?" Farah memulakan perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Teet...Teet
" Wsalam, Mama? mama mana, mama awak ke mama saya?hehe..." Nadjmi membalas sms dari Farah.

" Mama awkla..awk perli sya ek?urmm..." Farah membalas dengan nada merajuk.

" Sya gurau je la, mama kita kan,hehe?Nadjmi cuba memujuk.

" Hehe, yela tu awk.." Farah kembali ceria.

Mereka berdua berbalas-balas Sms sehingga terlupa akan tujuan utama perbualan mereka. Terus melayang bersama  hati dan perasaan jiwa mereka yang sedang bergelora.



                                         *****************************


" Nadjmi, Ustaz Sharul ada jumpa mama dengan papa" tersentak Nadjmi apabila mamanya menyebut nama Ustaz Shahrul, kerana itulah yang ditakutinya, iaitu berbincang dengan mama mengenai niat dihatinya.
" Errr.. Ustaz kata apa mama?" Nadjmi menyoal mamanya.
" Kamu rasa Ustaz kata apa? takkan kamu tak tahu..bukan kamu ke yang suruh Ustaz jumpa mama.." Puan Faizah senyum kepada Nadjmi, akan tetapi senyumannya itu berbaur sindiran, itu jelas dapat Nadjmi rasakan.
" Nadjmi dengan Ustaz banyak hal bincang bersama, Nadjmi tak pasti lah yang mana satu Ustaz bincang ngan  mama..hehe" Nadjmi tersengih hingga menmpakkan giginya yang tersusun rapi itu.
" Kamu ni Nadjmi, dari kecil sampai besar, kalau kamu hajatkan sesuatu kamu mesti nak dapatkan jugak kan..hai anak mama seorang ni" Puan Faizah memicit hidung anak tunggal kesayangannya itu..



P/s : Apa rancangan Nadjmi dengan Ustaz shahrul ea? mama Nadjmi bersetuju ke dengan rancangan tu?nak tahu???  tggu Laa............. ^____^

Tuesday 27 December 2011

MISYAR (d)

" Nadjmi! Ustaz Shahrul nak jumpa kau" beritahu Amirul kepada Nadjmi ketika mereka terserempak di kafe Kolej.
" Ustaz nak jumpa aku buat apa?"Tanya Nadjmi kepada Amirul, dia mula risau.
" Manalah aku nak tau, ya ampun... kau pergi la tanya Ustaz sendiri, haish, muka ni ada macam setiausaha Ustaz ke?.."bebel Amirul apabila Nadjmi bertanyakan hal itu.
" Haa.. ye lah, terima kasih ye Amirul" ucap Nadjmi mematikan bebelan Amirul.
" Hurm, sama-sama" balas Amirul.

                        *********************************************

      Farah sedang baring keseorangan di dalam surau, waktu tiada kelas ini, Farah gunakan untuk berehat seketika di surau. Farah memang suka sendirian, bukan kerana dia tidak mempunyai teman atau tiada orang yang mahu berkawan dengannya, tetapi dia lebih senang begitu. Dia pernah bersahabat baik dengan teman sekelasnya, tetapi pengalaman membuatkannya serik untuk bersahabat baik dengan sesiapa pun. Farah lebih senang berkawan dengan semua orang. Farah dahulunya sangat bersahabat dengan Nora Sahabat baiknya dahulu rupa-rupanya berpura-pura, didepannya baik, tetapi dibelakangnya, menceritakan keburukkannya. segala rahsianya dibuka. Walaupun atas nama sahabat, Nora lebih bersikap mementingkan diri, apa yang Farah miliki semuanya mahu dikongsi, tetapi apa yang menjadi miliknya disimpan sendiri. Jika Farah tidak datang ke kelas pensyarah memberi tugasan, Nora akan merahsiakannya, sehingga hari terakhir tugasan itu perlu dihantar, alasannya lupa dan sebagainya. Nora lebih suka Farah susah dan tidak boleh melihat Farah lebih darinya. Farah tidak menyangka ada juga manusia seperti Nora.


     Nora tidak seperti Farah, Nora seorang yang panas baran, cepat melenting walaupun kesalahan tersebut dari kesilapan dirinya. Farah selalu menasihati Nora agar tidak bertindak melulu, bersabar dan bersopan namun nasihat itu dianggap kurang ajar oleh Nora kerana perbezaan usia mereka, Nora lebih tua dari Farah dan Farah perlu sentiasa mengalah kepada Nora atas dasar menghormatinya. Akhirnya Farah mengambil keputusan untuk bersendirian, berbaik dengan semua orang, menjaga hati semua orang dan menghormati semua orang. Farah seorang yang baik hati serta jujur, walaupun Farah mempunyai banyak kekurangan seperti sering lewat ke kelas membuat tugasan di saat akhir, dan Farah juga tidak pernah mengulang kaji pelajaran, dia hanya belajar dikelas. Namun keputusan setiap semesternya agak memuaskan walaupun tidak setinggi Nora yang memang kuat mengulang kaji. Kerana itulah Nora sangat mencemburui Farah. Nora berasa sedikit bangga kerana rakan-rakan sering memujinya comel, pada hakikatnya Farah lebih comel serta cantik, lebih ayu, sopan berbanding Nora. Apa yang lebih membuatkan Nora seperti membenci Farah ialah, Nora juga meminati Nadjmi!..


 " Farah, kau kapel ek ngan Nadjmi? Soal Nisa, juga teman sekelasnya.
" Siapa cakap? soal Farah kembali.
" Nora cakap, kau tiap hari kuar date ngan Nadjmi kat Taman hari tu, betul ke?Nisa menjawap persoalan Farah.
" Huh.. aku dan agak dah, tak ada orang lain dah nak menambah cerita selain dia, ada je yang dia tak puas hati ngan aku kan, nak guna bakat kewartawanan dia la tu, hurmm.." keluh Farah.
" Aku bukan apa Farah, aku ni kira rapat jugak la ngan kau kan, sebab tu aku tanya, ni pun aku terdengar je dia duk cerita dekat surau hari tu, Dia kata, kau ni harap je pakai tudung labuh, tapi bercinta jugak..."
Nisa terus bercerita panjang lebar kepada Farah.
" Patutlah masa aku kat surau hari tu semua pakat pandang tak puas hati jew" Farah sedih mendengar cerita Nisa, dia tidak kisah Nora mahu mencanang cerita tentangnya, tetapi biarlah cerita yang benar dan bukan ditokok tambah.
" Kau sabar je lah Farah, nanti dapatlah balasan dia tu, mulut tak bioleh nak jaga langsung". Nisa membela Farah.

" Kenapa tudung aku pun nak dijadikan isu? tudung labuh tak boleh jatuh cinta dan bercinta ke?, Farah tertanya-tanya didalam hatinya, ini bukan kali pertama tudung labuhnya dijadikan isu. Disebabkan Farah memakai tudung labuh, dia tidak boleh buat itu, tidak boleh buat ini, segala tingkah lakunya di perhatikan untuk diadili oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
" Cun sangat ke aku ni? sampai semua orang nak cemburu ngan aku, hehehe" Farah tersenyum sendiri apabila memikirkan perangai teman-temannya.

     " Awak tahu tak Nora dah kecoh pasal kita, tetapi dia tambah-tambah lagi, saya risau la awak"
Nora menekan butang send, mesej tersebut diterima di telefon Nadjmi.
Teet..... teet.. mesej Farah dibalas.
   
      " yeke? urm..Nora tu memang, nape awak risau syg?" Nadjmi membalas.


     " Sya risau lah, kalau Ustaz Shahrul tahu camner?" balas farah apabila Nadjmi bertanya tentang kebimbangannya.
 
      " Hehe, awk jangan risau ea, tadi baru saya jumpa ustaz Shahrul, dia akan uruskan hal kita, awak jangan risau k, ^__^"  Nadjmi menbalas lagi

       " Hah? awk jmpa Ustaz Shahrul, cakap psl apa?" Farah terkejut apabila Nadjmi menyebut nama Ustaz Shahrul yang akan membantu mereka.

Nadjmi menceritakan tentang tujuan Ustaz Shahrul mahu berjumpa dengannya tengah hari tadi, rupa-rupanya berita tersebut telah sampai ke pendengaran Ustaz, dan Ustaz telah berjanji akan menolongnya dan Farah.

### BERSAMBUNG PULAK ###

P/s: Ustaz Nadjmi nak tolong Nadmi ngan Farah? nak tolong apa? nt kan sambungannya...hee ^___^

Monday 19 December 2011

MISYAR (c)

Awal-awal lagi Nadjmi telah bersiap untuk ke tempat yang telah dijanjikan semalam.
"Amboi, wangi betul anak mama hari ni, nak pergi jumpa buah hati ke?" tegur Puan Faizah yang tengah menyiapkan sarapan.
"Ish, tak adalah mama, Nadjmi nak jumpa kawan kejap..hehe." Jawab Nadjmi sambil tersengih menidakkan sangkaan mamanya.
Puan Faizah berasa lega sejak beberapa hari ini, kerana anaknya tidak lagi menyebut tentang niatnya yang ingin berkahwin pada usia muda. 
"Ustaz Shahrul ada telefon mama",Puan Faizah menukar topik perbicaraan mereka.
"Hah! Ustaz cakap apa mama?" berdebar jantung Nadjmi apabila mengetahui Ustaz Shahrul menghubungi mamanya.
"Jemput ke rumah dia, ada kenduri arwah, yang Nadjmi macam takut-takut ni kenapa?Nadjmi ada buat salah apa-apa ke? Puan Faizah mula meneka.
"Tak ada lah mama, terkejut je, kalau pasal Nadjmi mesti dia telefon Nadjmi sendiri", Mendengar jawapan mamanya barulah Nadjmi boleh melepaskan nafasnya yang di rasakan seperti tersangkut tadi, mana tidaknya, bimbang dia kalau-kalau Ustaz menceritakan rahsianya kepada mama.

 Nadjmi teringat kembali akan apa yang pernah dicerita kan kepada Ustaz Shahrul.
"Ustaz saya ada suka kan seorang perempuan Ustaz, tetapi orang selalu cakap tak boleh bercinta, sedangkan tipa hari saya nampak perempuan tu, perasaan sayang makin bertambah setiap hari, apa saya nak buat ustaz?"
"Muhammad Nadjmi, siapa cakap tak boleh bercinta? Ustaz boleh tolong kamu, tetapi kamu sendiri pun kena tolong diri sendiri"Ustaz memberi kata putus yang melegakan hati Nadjmi.
Nadjmi telah sampai ke tempat yang hendak dituju, debaran hatinya terasa semakin laju, masakan tidak ini adalah pertemuan pertama Nadjmi dan seseorang yang dianggap istimewa olehnya.
"Assalamualaikum.." Nadjmi memberi salam kepada seorang gadis yang sedang duduk di kerusi batu dibawah payung yang berbentuk cendawan.
"Waalaikumusalam.." Jawab gadis bertudung labuh itu, gadis itu adalah Nur Farah Ashikin, Farah telah membuatkan hatinya cair, seorang gadis yang berkulit gebu, putih, sangat comel bila tersenyum, sangat petah berbicara, membuatkan Nadjmi mahu mengenalinya lebih mendalam.
"Macam mana pelajaran Farah?",Nadjmi memulakan bicara selepas masing-masing menyepi.
"Alhamdulillah.." jawap Farah. Mereka terus berbual, Nadjmi yang banyak bertanya, Farah malu untuk berbual sehingga tiada apa yang ingin ditanya kepada Nadjmi, panjang mana sekali pun seolan Nadjmi hanya sepatah jawapannya. 

"Aku akan menikahimu,
Aku akan menjagamu,
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu,
Aku akan menyayangi mu,
Ku kan setiap kepadamu,
Ku kan selalu di sisimu, 
Seumur hidupmu."

Bait-bait lagu yang sentiasa bermain dibibir Nadjmi dan Farah, lagu itu seperti menjadi 'lagu tema' akan percintaan mereka. Setiap hari Nadjmi dan Farah berasa bersalah kerana mereka merupakan pasangan "Couple", tanpa pengetahuan Ustaz Shahrul mereka terus berhubung. Dek kerana perpegang pada perinsip "tak buat apa-apa, bercinta sahaja", rasa bersalah itu hilang dari hari ke hari.


###BERSAMBUNG LAGI###

P/s: Nadjmi bercinta ngan farah dalam diam rupanya..apa akan jadi seterusnya..tggu smbungan ea..^__^








Sunday 18 December 2011

MISYAR (b)

" Ustaz tak menafikan ada betulnya apabila ada yang menyatakan bahawa mereke tidak bekerja, tidak mempunyai karier, belum ada ini, belum ada itu. Soalan Ustaz jika mereka tidak berkahwin siapa
yang menjaga mereka? Ibu bapa mereka tetap menjaga mereka bukan? adakah salah jika mereka berkahwin tetapi ibu bapa tetap menjaga mereka? yang kita sebut sebagai perkahwinan MISYAR, dimana lelaki berkahwin dengan perempuan dan diminta kepada perempuan untuk melepaskan diri daripada memberi nafkah, kerana masih belajar dan sebagainya, asalkan mendapat persetujuan perempuan maka terlepaslah lelaki daripada memberi nafkah, maka ibu bapa masing-masing yang akan tetap menyara mereka. Tetapi bukan melepaskan diri buat selamanya, hanya sehingga mereka bersedia, si suami telah bekerja dan boleh menyara isterinya ketika itu. Sama-sama telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya". antara isi tazkirah Ustaz Shahrul minggu lalu yang masih didalam ingatan Nadjmi.

" Assalamualaikum Muhammad Nadjmi", Ustaz Shahrul memberi salam kepada Nadjmi buat kali ketiga kerana salam pertama dan keduanya dilayan sepi oleh Nadjmi. Hanya Ustaz Shahrul sahaja memanggilnya dengan nama penuh begitu.
"Err..waalaikumusalam Ustaz", Jawab Nadjmi yang baru menyedari akan kehadiran Ustaz Sharul.
"Kenapa Ustaz tengok beberapa hari ini kamu asyik termenung seorang Muhammad Nadjmi? Kamu fikirkan tentang apa?".
"Saya termenung Ustaz? tak adalah, saya tengah baca buku ni Ustaz", balas Nadjmi membela dirinya.
Ustaz Shahrul tersenyum mendengar jawapan dari mulut Muhammad Nadjmi.
"Dah merata tempat Ustaz cari kamu Muhammad Nadjmi" Nadjmi tersenyum, Ustaz kesayanganya itu masih setia memanggil nama penuhnya, dahulu Nadjmi agak kekok, tetapi lama kelamaan dia sudah biasa dengan panggilan itu.
"Ada apa Ustaz cari saya?", soal Nadjmi kepada Ustaz Shahrul.
"Begini Muhammad Nadjmi, Ustaz ada perancangan untuk adakan satu program untuk mahasiswa bertemakan cinta, kamu boleh tolong Ustaz cari maklumat untuk jadikan modul?, Ustaz Shahrul mempunyai sebab mengapa dia menyuruh Nadjmi mencari bahan modul padahal Ustaz Shahrul sendiri boleh melakukannya.
"Erm..Insya Allah Ustaz, saya cuba, Ustaz nak bila? apabila Nadjmi memberi tindak balas yang positif Ustaz Shahrul berasa lega.
"Kalau boleh dalam bulan ni, tapi ikut kemampuan kamu lah Muhammad Nadjmi,Semoga Allah mempermudahkan urusan kita insya Allah", Jawab Ustaz shahrul.

"Maklumat macam mana aku nk cari ni, dah la kepala otak tengah berserabut, aduh!", keluh Nadjmi pada suatu hari. "search google je la, hehe", Nadjmi mendapat idea.
Terdapat banyak maklumat seperti yang Nadjmi mahukan didalamnya, termasuklah yang tidak termasuk dalam rancangan.
"Rasanya dah cukup, tunggu aku siapkan dalam bentuk modul je lah, bijak juga aku, kejap je dah jumpa semua maklumat, Alhamdulillah", Nadjmi memuji dirinya sendiri kerana berjaya mengumpul maklumat yang dikehendaki oleh ustaz Shahrul.
Nadjmi Akhirnya tertidur di hadapan komputer ribanya dalam keadaan tersenyum gembira.

                                      *************************

    Lagu nyayian Pasha Ungu dan Adelia dipasang kuat oleh Farah, apabila mendengarkan lagu itu Farah menjadi semakin rindu pada si pemberi lagu tersebut, lantas dicapai telefon dan menaip pesanan ringkas.
    " Salam, awak wat pe tu" (P) , Mesej dihantar.
Teet.. teet.. Mesej berbalas,

 "wslm, saya tengah buat keja sikit, kenapa?" (L)


"Saje je, urmmm.."(P)


" Yela tu saje, rindu kot, hehe" (L)


Farah dan si penerima terus berbalas-balas mesej hingga masing-masing tertidur. Esok hari mereka telah berjanji untuk bertemu...

##BERSAMBUNG##

P/s : Nak tahu farah mesej ngan sapa?? tunggu....hehe ^___^

By : aimanpazil

Wednesday 14 December 2011

MISYAR (a)

"Mama, Najdmi nak kawin lah". Muhd Faiz Najdmi memulakan bicara dengan ibunya. "Hah, Najdmi, kawin ni bukan benda main-main tau, jangan merepek lah". Puan Faizah terkejut dengan permintaan anak tunggalnya itu, mana mungkin ibunya tidak terkejut kerana Najdmi baru memulakan pengajianya di sebuah kolej swasta di Kelantan, usia Najdmi pula baru 19 tahun, pada perkiraan Puan Faizah anaknya masih belum sesuai untuk berkahwin. "Ya Allah Mama, Najdmi tak main-main la, Najdmi rasa tak ada salahnya kalau Najdmi nak kahwin", Najdmi terus meminta persetujuan ibunya. Najdmi memang seorang yang berani, matang dan bertanggungjawab, dan kerana sifat berani itu jugalah dia nekad untuk berterus terang tentang niat yang terbuku dihatinya. " Najdmi, kalau kamu berkahwin kamu perlu jaga anak dara orang, makan,pakai dia, kamu bukan ada pendapatan sendiri lagi, kalau dah habis belajar mama tak kisah sayang, habiskan pengajian dulu baru kita bincang tentang ni ya". Puan Faizah cuba memujuk anaknya agar menukar fikiran.

                                ********************************
" Bila seorang lelaki bercinta dengan perempuan itu haram ke? itu bukan haram tetapi fitrah. Cuma kita kena salurkan cinta itu ke jalan yang betul. Sebut sahaja mahasiswa pasti berumur 18 tahun ke atas, umur ini dah terlajak, sebenarnya sejak akil baligh lagi sudah mempunyai keinginan untuk bersama diantara lelaki dan perempuan, sampai termimpi-mimpi dan macam-macam lagi akan berlaku. Jika di pusat pengajian seorang lelaki sudah berminta kepada seorang perempuan dan mahu mengambilnya sebagai isteri dan layak menjadi ibu kepada anak-anaknya, kerana Allah kita sayang dia, dan kalau dan suka sama suka pada pendapat saya kahwin sahajalah. Daripada mereka terdedah kepada lembah zina, lepas itu mengandung dan susah nak berhadapan dengan masyarakat yang tidak memahami lebih baik berkahwin". Masih tergiang-giang di telinga Nadjmi akan tazkirah Ustaz Syahrul bulan lepas, Ustaz Syahrul mengadakan Tazkirah seminggu sekali dan Nadjmi tidak pernah melepaskan peluang itu, baginya untuk menuntut ilmu tidak perlu memilih guru dan topik, tidak seperti rakan-rakannya, tidak suka mendengar tazkirah Ustaz Syarul hanya kerana selalu membicarakan topik "perkahwinan".

"Mama dan Papa dah berbincang, kami tidak setuju dengan keputusan Nadjmi untuk berkahwin". Puan Faizah amat tegas berkenaan hal nikah kahwin ini, baginya ini bukan perkara yang boleh diambil mudah, walaupun suaminya, Encik Fakrul menyuruh isterinya memberi peluang kepada anak tunggal mereka itu. "Tapi Ma..." Nadjmi ingin membantah tetapi dipotong oleh Mamanya, "Tak ada tapi-tapi, Mama cakap tak boleh, tak boleh la Nadjmi". Mata Nadjmi melirik kearah Papanya memohon belas agar membelanya, namun Papanya hanya mengangkat bahu. "Nadjmi nak keluar", pinta Nadjmi untuk melepaskan dirinya dari terus berbahas dengan Mamanya.


### BERSAMBUNG###

By: aiman pazil

Sunday 11 December 2011

HANYA AKU CINTA IBU SEORANG....

      "Ibu baju kak teh dah basuh ke belum? kak teh nak pakai esok", soalku kepada ibu, dengan tenang ibu menjawab "dah tersidai kat luar". Wajarkah apa yang kita lakukan kepada ibu? layakkah IBU mendapat layanan begitu setelah apa yang IBU korbaNkan kepada kita bertahun-tahun. Baiknya hati IBU, tidak pernah marah apabila dipinta itu ini oleh anak-anak, sentiasa bersabar dan terus bersabar. Pernahkah walaupun sesaat anda memikirkan akan tentang apa yang yang pernah dilakukan IBU. Cukuplah hanya memikirkan susah payahnya IBU melahirkan kita, kerana kita tidak akan mampu membalas pengorbanannya. IBU tidak pernah minta agar kita perolehi 30 A, 50 A, menjadi anak solehah dan berguna sudah cukup bagi IBU.

 Jika Ibu ada melarang kita dari berbuat sesuatu, apa jawapan yang kita beri, " ibu ni tak faham lah", "ni tak boleh tu tak boleh". Kirakah anda akan bilangan anda melayan ibu dengan baik dan tidak baik. Benarkah ada yang menyatakan bahawa kita dilahirkan untuk menyusahkan ibu dan bapa kita? sebenarnnya penulis amat tidak bersetuju dengan pernyataan itu, malah berasa tidak patut pada mereka yang terus mahu meyusahkan ibu dan bapa. Jika anda seorang yang pemarah dan panas baran, lupakan sifat itu ketika berdepan dengan IBU, Jika anda seorang yang tinggi ego, rendahkan hanya untuk IBU, jika anda seorang yang suka memberi arahan, tunaikan lah arahan ibu, kerana IBU adalah insan yang tidak layak menerima amarah, ego serta arahan dari anda. Sajak penulis BUAT IBU...
Hempusan sang bayu lembut bertiup,
I LOVE U IBU
Deruan ombak setia menyusur pantai,
sayu hati bila menatap,
memori indah kita merantai.

Tanda ikatan tulus buatmu,
Lantas ku tuliskan kepada ibu,
Moga abadi disanubarimu,
Dapat bersemi selalu.

Peringatan mu ibu,
Ku kenangi selalu,
Dihati sentiasa terbuku,
Takkan ku ingkari janji denganmu.

Ibu ingatiku akan segala yang manis pasti ada pahitnya,              
Begitulah jua kehidupan bersama,   
Setiap yang terindah jadikan hiasan,
Setiap yang buruk bukanlah sesalan.


Semakin hari cinta dan sayangku pada ibu semakin bertambah-tambah, menjadi seorang perindu juga kerana ibu. Setiap hari mahu menatap wajah ibu, tunggu ibu, anakmu ini pulang membawa ilmu, akan memperhambakan diri kepadamu setelah Allah dan Rasul. Memang ini bukan yang ibu mahu, tapi ku sedar akan kewajibanku. Terima kasih ibu, "HANYA AKU CINTA IBU SEORANG".

by : aimanpazil






MENJAGA HATI...

Assalamualaikum.. apa khabar hati anda? sihat.. Alhamdulillah. Hati perlu dijaga, agar sentiasa berasa lega, jiwa harus diperiksa, agar iman terus terbela. Terjagakah hati kita? terjaga dari apa? urmm...

Hari ini kita akan berbincang mengenai "Penjagaan hati", bukan hati kita, tetapi hati orang lain. Jika kita menjaga hati orang, hati kita Insya Allah akan terjaga. Perlukan menjaga hati orang lain? jika persoalan itu yang bermain di fikiran anda,maka segeralah berjumpa doktor, kerana anda mungkin mempunyai masalah jiwa. ^__^ Untuk mengetahui sebab kita perlu menjaga hati orang lain mudah sahaja, tanyalah pada diri, "Aku suka disakiti atau aku suka dijaga hati". Jika jawapannya anda suka disakiti, maka anda bolehlah menyakiti hati orang lain, jika anda suka hati anda dijaga, maka jagalah hati orang lain juga.

Bagaimana untuk menjaga hati orang lain..? dan diri sendiri? sebenarnya kita juga boleh menyakiti hati sendiri dengan kata-kata yang diucapkan sendiri. Pasti ada yang pernah menyesali apa yang diucapkan, ia sebenarnya menyakiti hati anda sendiri. Dan cara untuk menjaga hati orang dan hati kita ialah yang pertama Bercakaplah bila perlu, kerana apabila hanya bercakap perkara yang perlu maka, perkara yang tidak perlu akan dikurangkan dan mungkin tiada langsung dan ia boleh mengelakkan diri anda dari menyakiti hati orang dan hati sendiri.

Yang kedua ialah Berfikir sebelum bercakap, berfikir sebelum bercakap ini adalah aspek yang sangat penting, kadang-kadang ia boleh menyelamatkan kita dari amarah orang lain dan juga dosa kerana menyakiti hati orang lain. Tidak rugi juga kita berfikir malah amat menguntungkan.
Yang ketiga ialah Mengunakan perkataan yang baik, perkataan yang menyenangkan hati orang yang mendengar, dan yang bercakap juga akan berasa tenang. Pemilik hati yang kotor yang akan mengeluarkan kata-kata yang kotor. Kotorkah hati anda?

 Imam Al-Ghazali menyatakan "keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka ialah lidah. Sesungguhnya lidah adalah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan nafsu".

Dengan kata-kata Imam Al- Ghazali itu jelaslah bahawa kita seharusnya menjaga lidah agar tidak menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Rasulullah juga pernah Bersabda : "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya". ( Hadis Riwayat Imam Tarmizi )
Semoga kita dapat bersama-sama memelihara lidah daripada mendapat kebencian Allah, serta dapat MENJAGA HATI sesama manusia dan tidak memperolehi Dosa tanpa disedari.


By : aimanpazil

Saturday 3 December 2011

Sayang ke macam tu??

       Assalamualaikum... selepas 4 hari tak update blog kerana ada halangan yang tak dapat dielakkan, walaupun  telah mencuba untuk mengelak..hehe..^__^. Hari ni nk nk menulis sikitlah, sebab tiba-tiba terlintas di fikiran tentang sesuatu perkara yang sering gadis-gadis tidak menyedarinya. Apabila sebut tentang gadis pastinya semua terfikir,"pasal lelaki la ni", ye, tepat sekali..memang nk cakap pasal lelaki pun..Anda semua mesti suka disayangi bukan? tipu lah kalau tak suka..angkat telinga sapa yang tak suka disayangi..hik..hik. Tetapi betulkah cara kita disayangi?sayang ke macam tu?tepuk dada tnya Iman.

      Hari ni saya tidak mahu bicara mengenai sayang kepada ibu bapa, daripada ibu bapa, ahli keluarga, teman-teman dan sebagainya, tetapi mengenai kasih dan sayang yang sering di ungkapkan oleh lelaki yang tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan kita, kata nama lain yang mudah difahami ialah "gewe", tahu gewe? lau tak tahu, pakwe..mesti tahu kan..lau tak tahu juga cari tahu atau buat-buat tahu je.. Baiklah sambung topik kita, lelaki kebanyakkan lelaki selalunya pandai "mengayat",betul ke? dan gadis-gadis pula pantang "diayat" pasti sudah lembik. Selepas itu bermula kisah cinta bak remeo n juliet kononnya, berdating bak belangkas, melebihi yang dah bernikah..sehari tidak berjumpa bagai sebulan lagaknya, itulah sindrom yang akan berlaku pada mereka yang mula mengenal virus cinta.

     Mula kenal malu-malu, bermesej-mesej dahulu bergayut-gayut kemudian. Selepas itu mula la adegan berdating.Indahnya ketika berdating " tahi kucing rasa coklat", "kentut bau harum". Aduh, parahnya bercinta. Semakin lama tempoh bercinta, lelaki mula meminta "bukti" cinta, berpegangan tangan mula menjadi perkara biasa, alamatnya memang akan binasa. Gadisnya pula tidak segan silu ingin membuktikan cintanya, kepada si dia yang amat dicinta.Sayang ke macam tu?? Sedarkah mereka akan ada DIA yang memasang mata. Sayang dan cinta yang di semai sebelum punyai ikatan adalah haram di sisi agama islam. Perlukah kita membuktikan sayang pada manusia yang tidak kena pada tempatnya sedangkan membuatkan Allah yang patut kita cintai murka..Rebutlah cinta Allah, maka kamu akan perolehi cinta seisinya..
Bercinta Seperti Ibu dan Abahku.. ^__^

p/s : Cinta tidak sekali-kali salah, malah ia indah, tetapi mengunakan cinta dengan bijaksana agar ia kekal indah...
by: aimanpazil.. ^__^



 

Tuesday 29 November 2011

Selayakknya CINTA..


Dhahliya berlari-lari anak, dia ingin cepat-cepat meninggalkan lelaki yang tidak puas menganggu hidupnya. Raimi pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu, tetapi itu sebelum hatinya dimiliki oleh cinta yang lebih hebat seperti sekarang. Dhahliya mengakui salahnya juga kerana tidak berterus-terang tentang penganti yang telah berjaya menambat hatinya kini, secara tiba-tiba Dahliya meninggalkan Raimi begitu, pastinya menimbulkan tanda tanya di hati Raimi. Mereka tidak pernah bergaduh, dahulu mereka merupakan pasangan yang digelar "pasangan bahagia" oleh teman-teman. Namun Dhahliya sendiri tidak pasti tentang bahagia yang dimaksudkan.

"Liya, apa salah saya?kenapa Liya berubah sekarang, dimana Dhahliya yang saya kenal?" Raimi begitu kesal dengan perubahan terhadap kekasih hatinya, dia merasakan dia tidak pernah melakukan kesilapan terhadap Dhahliya, tetapi mengapa Dhahliya mesti berubah.
"Raimi, boleh tak Liya nak minta tolong dari Raimi." "Kenapa tidak Liya, saya akan lakukan apa sahaja untuk Liya" janji Raimi. "Awak jangan gangu saya lagi!" tegas Dhahliya.
Hancur luluh hati Raimi mendengar akan permintaan buah hatinya itu. Dhahliya pantas meninggalkan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Seperti batu besar yang menghempap tubuh Raimi, dia berasa sangat kecewa dengan permintaan Dhahliya. Tidak adil baginya, kerana dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang pernah dia lakukan.

Malam itu, hanya suara tangisan dan rintihan Dhahliya memenuhi ruang sudut biliknya, Dhahliya tidak pernah merasakan perasaan setenang ini. Peluang itu Dhahliya gunakan dengan sepenuhnya dengan pengabdian Dhahliya terhadap kekasihnya.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, kau lindunganlah aku daripada tipu daya cinta duniamu, sesungguhnya aku telah melakukan banyak dosa kepadamu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kau ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku,dosa guru-guruku, dan seluruh umat islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, hiasilah kami dengan kasih sayang...." Dhahliya merintih sepanjang malam, memohon keampunan Ilahi rabbi. Dhahliya menganggap dirinya terlalu kotor kerana pernah melakukan perkara yang dibenci Allah. Tidak mampu untuk dia terus-terusan melakukannya. Cukuplah kenangan lamanya yang cukup menyiksa jiwanya. Dhaliya bermohon agar dirinya dikurniakan ketenangan.

Selagi kepastian tidak diperolehnya,mana mungkin Raimi akan berpuas hati. Raimi nekad untuk mencari jawapan pada setiap persoalan yang bermain di fikirannya. Raimi ingin tahu, lelaki mana yang berjaya merampas Dhahliya darinya, sedangkan mereka saling mencintai. "Liya, saya perlukan jawapan dari Liya. Jika saya berikan jawapan dan saya puas hati, saya berjanji tidak akan mengangu Liya lagi". Dengan tenang Dhahliya memulakan bicaranya, " Liya telah menemui cinta yang selama ini Liya cari, cinta yang memberikan ketenangan buat Liya, cinta yang pastinya hakiki dan berkekalan selamanya, cinta ini tiada tandingannya, jika Liya bercinta dengan awak, DIA akan cemburu, Liya tidak akan biarkan DIA cemburu. Liya hanya cintai DIA". Jawapan Liya sebenarnya semakin mengelirukan Raimi. " Saya tidak faham Liya, berterus teranglah". "Cinta yang Liya maksudkan itu adalah cinta ALLAH... Hanya ALLAH yang layak dicintai, cinta ALLAH yang kekal abadi.

"Sayang, apa yang sayang fikirkan tu, jauh abang tengok sayang termenung". Dhaliya tersedar dari lamunanya, "Astarfirullahalazim, Liya minta maaf Abang, Liya cuma teringatkan kisah lama, kisah dimana bermulanya cinta Liya dengan DIA", "Alhamdulillah Liya tidak jauh tersasar". Kini Dhahliya memiliki dua cinta, cinta pada suaminya dan cinta pada Ilahi. Cinta Dhahliya pada suaminya juga adalah kerana Allah semata-mata. Kerana cintanya pada Allah jugalah Dhahliya mengecapi bahagia dan ketenangan di dunia. Hebatnya cinta ALLAH.

Semoga kita semua berjaya perolehi cinta Allah yang maha agung. Insya Allah..
by: aiman pazil









Monday 28 November 2011

Maafkan Aku....

Aku tidak pernah melupakan dirimu dan mungkin tidak akan pernah, mana mungkin aku melupakan dan meninggalkan dirimu setelah cintamu payah ku gengamikini ku muliki. Dulu seseorang pernah hadir diantara kita puas aku renungi agar dapat aku hindari.

Maafkan aku kerana pernah menduakan CINTAMU,berat hatiku ketika itu untuk melupakan dirinya kerana belum ku sedari akan CINTAMU yang Maha Tinggi. Seharusnya aku menepis dan menangkis walaupun bayangnya. Andai sedari dulu ku temui CINTAMU pasti aku tidak akan pernah menduakanmu, CINTAKU hanya padaMU.

Maafkan Aku kerana pernah menduakanmu, bukan rela hatiku, tetapi kerana pujuk rayu musuhmu, membuatkanku layu. Aku tidak akan mengabaikan dirimu seperti dulu, hanya dirimu dalam hatiku....


YA ALLAH, kau maafkan lah diriku...
sesungguhnya CINTAKU hanya untukmu..
Maafkan aku...


Wednesday 23 November 2011

Kerana Kau cukup INDAH...


Indahnya jika dapat menjadi wanita solehah, Solehahkah aku? persoalan yang tidak mungkin aku boleh jawab. Aku tidak mahu kelihatan solehah dihadapan teman-teman, ahli keluarga dan sesiapa sahaja selain DIA. Untuk menjadi yang cukup indah aku perlu menjaga auratku... sudah terjagakah auratku?aku harus menjaga batas pergaulanku, itu yang ku rasa sungguh sukar kerana kadangkala ia tidak dapat ku kawal hanya kerana sibuk dengan tugasan duniawi, tetapi aku aku berusaha menjadi yang terindah demi DIA. Aku ingin menjadi perhiasan di dunia. Keayuan wanita tidak terletak pada kecantikannya, kemanisan wanita tidak terletak pada kemanjaanya. Penarik wanita bukan pada kelunakkan bicara yang mengoncang iman pemuda, bukan pada kebijaksaan bermain lidah memujuk rayu.
~ Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indahnya bak permata.
~Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan ketebalan ilmu.
~Hati mengatakan bahawa wanita cantik pada akhlak dan peribadinya.
Sebagai wanita, jangan sesekali tertipu dengan kecantikkan,janganlah terlalu berbangga dengan kecantikkan luaran kerana ia sudah tentu akan menghilang. Peliharalah kecantikkan dalaman yang pastinya akan sentiasa terpendam dan x mungkin hilang KERANA KAU CUKUP INDAH... ^__^

p/s: jangan berdukacita dengan sebarang kekurangan.
by : aimanpazil


























Tuesday 22 November 2011

Lebih Baik Diam ! @__@

Apa yang aku lihat pada pagi tadi, menyebabkan aku terfikir sejenak. Merenung mencari jawapan. Akhirnya ini yang aku dapat, "Lebih baik Diam" daripada bercakap dan menambah dosa serta meghiris hati orang lain tanpa kita sedari. Kadang-kadang persoalan yang kita timbulkan akan mengecilkan hati orang lain, adakah ia sesuatu yang baik? lebih baik diam!
Diam bukan bermakna takut, diam bukan bermakna pengecut, diam juga bukan bermakna akan terlucut. ^__^ Bukankah ada pepatah yang mengatakan "diam-diam ubi berisi" , ertinya walaupon seseorang itu tidak menonjol atau suka berdiam diri ini tidak bermakana dia tidak mempunyai apa-apa yang istimewa, malah mungkin dia yang lebih berkualiti dari kita, dan ini juga berkaitan dengan sifat bersangka baik dengan orang lain.
Perlu ke bercakap perkara akan perkara yang tidak perlu? tidak perlu rasa bahawa jika tidak banyak bercakap bermakna tiada kawan, dikatakan sombong atau tidak ramah. Persoalannya di sini, mengapa kita perlu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain.... Jika kita dapat merenung dan dapat memikirkan menggunakan pemikiran mata hati, maka semua orang di antara kita akan sedar bahawa perlukan akan sikap saling lengkap melengkapi antara kita. Amat rugilah jika kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang tidak akan pernah jemu menghasut dan terus menghasut agar kita berada di dalam kesesatan yang nyata. Begitu juga dengan penyakit mengumpat, yang kini seperti wabak yang menular di sekiling kita, "umpama tidak senang hidup tanpa umpatan",bagaimana dengan diri kita? takutlah kepada Allah, hanya itu yang dapat menghalang kita dari sebarang kemungkaran, Insya Allah.

Dari Abu Hurairah R, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman  kepada Allah dan hari akhirat hendaklah meghormati tetangganya dan barangsiapa yang berima kepada Allah dan hari akhir hendaklah memuliakan tamunya. 
( Riwayat Bukhari dan Muslim)


By aimanpazil

Monday 21 November 2011

Adoi...Merajuk..^__^

        Merajuk? adakah anda pernah merajuk? tipu lah kalau tidak pernah merajuk. Terlintas di hati aku untuk berkongsi tajuk ini kerana, ada seorang sahabat aku telah terlibat dalam kes merajuk...^__^ Risau sebenarnya apabila memikirkan sahabat yang merajuk, lebih-lebih lagi apabila merajuk dan kita tidak tahu puncanya..
Anda rasa kenapa seseorang itu merajuk? bagi saya, seseorang itu merajuk kerana meminta perhatian,atau lebih tepatnya minta di pujuk..tetapi amatlah malang jika merajuk dengan orang yang tidak tahu nk pujuk, seperti diriku ini ..^__^ Selalunya orang merajuk kerana berkecil hati dan orang lain tidak mengendahkannya. Boleh juga terjadi apabila seseorang itu tidak diberikan kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya dan permintaannya. Jangan cakap anda tidak akan merajuk, kerana penyakit  merajuk ini tidak memilih siapa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kecil atau besar malah anak boleh merajuk dengan ayah, dan ayah juga boleh merajuk dengan ayah.
        Sebenarnya, penyakit merajuk ini berpunca daripada hati yang kurang ada rasa kehambaan. Apabila tiada rasa ini, dia akan merasa diri sebagai tuan, jadi sebagai tuan dia mestilah dihormati dan katanya perlu didengar. Hati akan berasa marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tiada kuasa, marahnya tidak dapat dilepaskan dan beralih kepada merajuk. Denga merajuk,dia merasakan orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun hanya mendiamkan diri sahaja.
       Benarkah merajuk lebih baik dari marah? Jawapannya sudah tentu tidak, kedua-duanya adalah sifat keji yang timbul daripada rasa diri mulia dan dihormati tanpa menyedari ada yang lebih tinggi iaitu Allah, ia juga terhasil daripada hasutan syaitan dan pujukan nafsu. Sesiapa yang merasa mempunyai atau terjebak dengan penyakit ini cepat-cepatlah bertaubat. Walaubagaimana pun setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga penyakit merajuk ini, ubatnya ialah, tanamkanlah sifat ketuhanan dan sifat kehambaan dalam diri. Perlu sentiasa mempunyai rasa rendah diri, malah merasakan bahawa Allah melihat setiap apa yang kita lakukan. Diharapkan anda semua bukanlah jenis cepat merajuk, jika ya, cepat-cepatlah buat perubahan, semoga dipermudahkan..Insya Allah...^___^...
 

Sunday 20 November 2011

Berlapang Dada

"Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,
engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang
semakin lama semakin bertambah, semakin luas,
duka yang makin mengecil dan menyempit. engkau
harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,
sebenarnya jiwamulah yang sempit, bukan dunianya."
(Ar Rafi'i, Wahyul Qalam, 1/50)

Dalam perjalanan panjang seperti ini, kita memerlukan satu bekal. iaitu sikap berlapang dada, nafas panjang dan mudah memaafkan. Seperti orang-orang soleh dahulu, yang tidak peduli dengan suasana getir yang mereka terima dalam menjalani ketaatan. Seperti para pejuang yang tidak pernah tersengal-sengal oleh kejaran musuh-musuhnya dijalan Allah. Seperti Rasulullah Saw yang tidak merasa tertekan dengan penghinaan atau cacian orang-orang sekitarnya.

Sungguh luar biasa sikap orang-orang soleh dalam memandang dan mengukur penghinaan orang lain terhadap dirinya. Ibrahim An Nakh'i, suatu hari berjalan bersama sahabatnya, seorang buta. Setelah beberapa lama menyusuri jalan, orang buta itu mengatakan, "Ya ibrahim, orang-orang yang melihat kita mengatakan,"itu orang buta dan orang pincang.... itu orang buta dan orang pincang." Ibrahim dengan tenang lalu mengatakan, "Kenapa engkau begitu terbebani pemikirannya? jika mereka berdosa kerana menghina kita dan kita mendapat pahala. lalu kenapa?"
Fudhail bin Iyadh, tokoh ulama yang tekenal dengan ketaqwaanya di zaman generasi Tabi'in bercerita bahawa suatu ketika, saat berada dimasjidilharam, ia didatangi seseorang yang menangis. Fudhail bertanya,"Kenapa engkau menangis?" Orang itu menjawab, "Aku kehilangan beberapa dinar dan aku tahu wang ku dicuri." Fidhail mengatakan, "Apakah engkau menangis hanya kerana dinar?" Sungguh mengejutkan jawapan orang itu. Ia menjawab, "Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah, dengan pencuri itu, itulah yang menyebabkan aku menangis...."
Kita boleh menjadi seperti mereka. Jika kita tahu dan sedar, ada sasaran besar dan tujuan maha agung yang akan kita capai bersama di hujung jalan ini. Ada yang maha penting dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. dan ada yang maha mulia dari segalanya... Tidak ada maknanya pada setiap halangan yang kita temui selama ini, kerana sesungguhnya kita sedang berjuang menuju Allah....

Saturday 19 November 2011

Cinta yang pasti...(3)

     Pengalamannya diselami dinihari, mencari dan terus mencari akan penganti yang mengekalkan imani. sedarilah dia tentang cinta yang pasti, selama ini belum pernah dia hargai, cinta pada ilahi rabbi. Cinta itu pasti, cinta itu hakiki, cinta itu abadi..Cintai ilahi tidak membawa rugi, hakikatnya syurga yang menanti.. Kerinduan pada yang pasti, lebih jelas dinikmati. lepasi kerinduan hati dengan bersujud pada ilahi..Cinta Allah, cinta yang pasti.

                 "Tidaklah seorang muslim sujud kepada Allah
          satu kali sujud, kecuali Allah akan angkat darjatnya dan akan
          Allah hapuskan kesalahanya."    (HR. Ibnu Majah)

~percubaan pertama~

Wednesday 16 November 2011

cinta yang pasti...(2)

Terus berharap dan berharap tanpa menyedari ianya bukanlah suatu yang pasti. Dia tidak mengetahui akan kekecewaan yang bakal dihadapi. Menanti, menanti dan terus menanti, dia terperangkap dengan rasa cinta yang tidak pernah dipinta. "Cinta dia bukan kerana rupa,bukan kerana harta,dah bukan kerana melayan jiwa, tetapi kerana akhlak si pemuda yang dianggap terpuji". Sering kali alasan itu yang dia beri, agar dia terus dapat memendam rasa cinta yang tidak terperi.
Benarlah apa yang disangka, cinta dia dipandang biasa. Kecewalah yang dirasa, dihati turut terseksa. Rupanya pemuda yang dicinta terikat dengan sahabat setia. Namun dya bangkit dari lena, beralih pada yang nyata... pengharapan pada cinta manusia yang membawa binasa,pengajarannya diambil sebangai pengalaman yang luar biasa....

continue.... ^__^

Tuesday 15 November 2011

Cinta yang pasti...

     Berharap,harapan, aku amat pasti bahawa setiap manusia mempunyai harapan atau berharap kepada sesuatu..tetapi adakah kita pasti harapan yang kita genggami akan pasti terjadi,pada siapakah sebenarnya kita patut berharap.. kisahnya bermula apabila seorang "dia" yang sedang meningkat remaja, sedang mencari kematangan, dan fitrahnya jatuh cinta. namun demi menjaga hati, dan tuntutan syarak yang sama sekali melarang sebarang percintaan sebelum masanya,dia merelakan sahaja perasaan terus disimpan di sudut hati... Seorang insan telah membuat hatinya digangu, serta memberi idea kepada iblis supaya terus menghasut dan memujuk supaya dia sentisa lalai dengan cinta dunia.. Dia terusan menjadi seorang yang perindu, sentiasa merindui pada yang tidak perlu..

          p/s : adakah "dia"  akan terus terpedaya dengan perasaan nya sendiri.. to be continue....^__^

Kata-kata indah.....

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Tiada Kejayan SEMANIS MADU Tanpa Pengorbanan SEPAHIT HEMPEDU...

JA'AFAR AL-BARMAKI
yang merupakan menteri kepada al-khidir al-Jawwad dibunuh ketika berusia 37 tahun.
 
UMAR BIN ABDUL AZIZ
khalifah yang agung dan zuhud dibunuh pada usia 40 tahun.

IBN MUQAFFA'
dibunuh pada usia 37 tahun.

 MASRUQ
di kala mengerjakan haji tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud. 

ASWAD BIN YAZID
berpuasa sehingga badanya pucat.

YAZID BIN HARUN
menangis sehingga buta matanya.

ABU MUSA AL-ASY'ARI
berjalan sehingga pecah tapak kakinya.

IMAM BUKHARI
pernah berkata, "Aku tidak pernah berdusta semenjak aku baligh."

"BUKA MINDA UNTUK TAKLUK DUNIA"


sumber : Kunci kejayaan minda- Dr Aidh Abdullah Al-Qarni