Thursday 20 December 2012

Disini cinta aku bermula...

          Aku tidak sabar menunggu tarikhnya pilihan raya akan di umum, pilihan raya negara Malaysia yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh aku tetapi semua rakyat Malaysia . Ingin sahaja aku mempercepatkan masa yang ku rasakan kian lambat berjalan, mungkinkah ini penangan orang bercinta? atau macam mana? hehe...  Apa kaitanya cintaku dengan pilihan raya,urmmmm... kisahku bermula dizama era moden...

          Zaman yang serba maju dan moden ini, aku akui tiada siapa yang tidak mengenali facebook, begitu juga aku yang sangat teruja dengan laman sosial yang dikatakan menghantui dunia kini, tidak kira remaja,muda, tua, ataupun kanak-kanak. Apabila adanya laman ini kadangkala membuatkan aku tidak lena. Persoalan yang aku akan bangkitan hari ini ialah cinta di laman muka muka ini.. Argghhh!! aku tidak pernah percaya, mana mungkin kita jatuh cinta atau terjatuh cinta pada seseorang yang belum kita kenali, apatah lagi belum pernah menatap wajah, alasannya cinta itu buta atau kita yang butakan cinta.. Aku seorang gadis yang cintakan politik, dan aku percaya tidak ramai gadis seperti meminati bidang ini, buktinya sahabat- sahabat tidak endahkan akan cerita-ceritaku apabila masuk tajuk "politik",hahaha... terima jelah.. 

       "Wehh eiman jangan nak politik sangat boleh dak?? belajar je.. kita kan dekat Ipta " kata Aqilah,salah seorang sahabatku. Aku hanya tersenyum dan berkata, " No,no,no politik dah sebati dalam hidup aku,hehe".  " Ikut suka lah", aku x perlu risau kerana sahabat-sahabat sentiasa mengalah dengan aku, takkan orang yang berpolitik macam aku boleh kalah hujah, tak mungkin..hehehe..  

      Di bilik,pastinya depan komputer riba untuk mencari maklumat atas tugasan yang diberika pensyarah, sebenarnya ia hanya sambil-sambil, perkara utama ialah facebook aku. Aku akan "Add" semua rakan-rakan facebook yang memilih parti sama denganku, nak tahu tak apa? oopss.. rahsia laa.. Undi anda kan adalah rahsia.. "Keting!" bunyi menandakan ada mesej yang masuk di akaun facebook ku suatu hari, daripada seseorang yang tidak aku kenali yang pasti dia berada di dalam "kapal" yang sama dengan ku.. "Layan je lah"..

    Bermula dengan sapaan biasa, 
    Berbicara tentang hal semasa,
    Apabila dia menyatakan Cinta,
   Hati berdebar luar biasa...

    Puas kuhindar rasa di jiwa,
    semakin ia berbunga-bunga,
   Tak mungkin ku tolak hadirnya cinta,
   Mungkin ini takdir dari yang esa...

   Tidak ku hirau akan paras dan rupa
   Asalkan kau cinta aku rela,
  Tidak ku endah wang dan harta,
  Asalkan janjimu untuk setia...

     Dimana cintaku bermula?? jawapanya di laman muka buku... kenapa aku x sabar menunggu pilhan raya? kerana janjinya akan memperisterikan aku selepas pilihan raya.. yahoooo!! Disini Cinta bermula dan akan sentiasa membara... "Perkahwinan ialah apa yang di impikan oleh setiap wanita, apatah lagi bagi gadis-gadis sepertiku yang sentiasa tertanya-tanya akan siapa yang bakal bertahta disanubari". Semoga Mahligai indah yang di idam-idamkan terbina serta bahagia hingga syurga.

*HaNyA KaU Yg MaMpU...


p/s: cerita ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yang mati,jika terkena ianya hanya kebetulan semata-mata.. hehe..very short story and hnya untuk suka2..lau ada yg ase mcm bukan story, sorry..  Kepada pasangan yang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hendaknyaa... have fun!!! Lillah Taala..


      


        

Monday 6 August 2012

BUKAN AKU...

Jikau kau rasa rindu..
Bukan aku pengubat rindumu..
jika kau kesali kisah lalu..
bukan aku tempat kau mengadu..
jika kau rasa syahdu..
bukan aku tempat merawat sendumu..
jika kau rasa perlu..
bukan aku pelindung mu..

Kita punya DIA untuk merindu..
kita punya DIA sebagai tempat mengadu..
kita punya DIA yang bisa merawat hati yang beku..
kita punya DIA yang sentiasa memayungi waktu..
hanya DIA ALLAH tuhanku yang satu..
bukan aku dan akan tetap bukan aku yang kau perlu dulu,kini dan selalu....

Sunday 11 March 2012

Teringat dirimu..

Terasa bahagianya setiap hari  melihatnya,
Jauh atau dekat hatiku  tertanya-tanya,
Akan siapa yang sedang di hatinya,
Saat itu juga aku jadi terpinga.

Masih ada ruangkah untuk aku menyusupi,
Agar diriku  sentiasa ada dihati,
Dapat kuluahkan segala Cinta sakti,
Sejak dahulu tanpa kau sedari.

Apakah yang kau maksudkan,
Setiap hari memberi harapan,
Aku pula menanti jawapan,
Untuk melakar masa hadapan.

Menunggumu setiap waktu,
Jika ada perkhabaran baru,
Seharusnya kau tahu,
Aku teringat dirimu.

izinkan aku..

Ku harap kau izinkan aku cintaimu,
Meskipun aku mengerti dengan alasanmu,
Jangan kau pinta aku pergi dulu,
Kerana aku tak akan pernah jemu…

Terlanjur aku mencintaimu,
Mana mungkin aku menjadi tepu,
Tak akan aku halang rasa yang bertamu,
Izinkan aku cintaimu setiap waktu..

Harus Kau tahu

Ketika kau bersama dia ,
Menelannya aku  bersedia,
Lirikanmu langsung tidak mengena,
Harus kau tahu aku setia.

Beginikah rasa bila mencinta,
Bagai hati dicuah cuka,
Bahagia dirimu diriku terpenjara,
Harus kau tahu aku terluka.

Menanti hari kau menyapa,
Akan jiwaku yang tertanya ,
Melihat kau bersama dia,
Harus kau tahu aku tak rela.


Biar aku disitu..

Senyumanmu buat aku tak lena,
Padangan matamu buat aku bahagia,
Jelinganmu buat aku sengsara,
Kau sudah buat aku jatuh cinta….

Jangan kau hindariku bila kau terluka,
Carilah diriku bila kau ingin bersama,
Akan aku terus menjadi sang setia,
Atas nama cinta kasih selamanya….

Tidak mungkin aku beralih darimu,
Masa duka dan sedihmu datang bertamu,
Benci dan iri hati terus mengangu,
Biar aku disitu…..

Wednesday 4 January 2012

MISYAR (f)

 " Terima kasih mama", ucapan itu dihulurkan selepas mamanya merestui akan apa Nadjmi hajati.
" Sama-sama sayang, ni semua tanda kasih sayang mama kepada Nadjmi, mama tak mahu Nadjmi melakukan perkara yang dibenci Allah". Puan Faizah bercerita panjang lebar kepada Nadjmi pada petang itu, Nadjmi berasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana telah melembutkan hati mamanya.

  " Ustaz, macam mana dengan jemputan untuk peserta dan tetamu pada hari tu? soal Nadjmi kepada Ustaz Shahrul ketika perbincangan mereka tentang program yang mereka rancangkan di bilik Ustaz Shahrul pada suatu pagi.
" Alhamdulillah, saya dah selesaikan hal itu, cuma penceramah jemputan sahaja saya belum mendapat maklum balas darinya, kita tunggu la dalam minggu ni", jawap Ustaz Sharul akan persoalan Nadjmi.
" Ustaz rasa program kita ni akan berjaya ke?" tanya Nadjmi yang masih meragui akan rancangan mereka.
" Masya Allah Muhammad Nadjmi, kamu belum yakin ke akan apa yang kita nak lakukan ni?" Ustaz Shahrul pula yang memulangkan soalan.
" Eh tak lah Ustaz, saya saja bertanya", balas Nadjmi sambil tersengih .
" Ada-ada sahaja lah kamu ni Muhammad Nadjmi", Ustaz Shahrul tersenyum.
" Haa, kamu dah bersedia ke? " Ustaz Shahrul menguji Nadjmi.
" Gurlp...sa...sa..saya.. Insya Allah bersedia Ustaz", Nadjmi menjawap tersangkut-sangkut.
" Alhamdulillah kalau macam tu", Ustaz Shahrul tersenyum lagi melihat Nadjmi yang kelihatan tegang. Mungkin dia takut, teruja, atau berdebar-debar tidak ada siapa tahu.


     Nur Farah Ashikin yang telah tahu mengenai perancangan istimewa itu mula membuat persiapan, bersama ahli keluarganya yang lain. Farah sangat bersyukur kepada Allah kerana dia dikurniakan keluarga yang sangat memahami, banyak masa yang dihabiskan selama ini hanya bersama keluarga, baginya keluarga adalah segala-galanya. Setiap apa yang ditempuhi dan yang bakal ditempuhi juga akan bersama-sama keluarga dan dia ikhlas kerana Allah. Semakin hari debarannya semakin terasa, kadangkala terdengar suara-suara sumbang yang membisikan kata-kata yang mebuatkannya mahu membatalkan segalanya, kadangkala ada bisikan peransang yang membuatkannya terus bersemangat.


                                              **************************************

     Awal-awal lagi ramai peserta yang telah mendaftar, program yang akan dijalankan didewan pertama di kolej mereka, suasana amat luar biasa, kesemua peserta berasa terkejut apabila mereka melangkah kaki ke dalam dewan.

" Hai, dah macam kenduri kawin pun ada ni", komen salah seorang peserta setelah masuk ke dalam dewan.
" Alah kau ni, tema pun cinta, mybe diorang nak wat nampak macam kenduri kawin la, betul tak?" salah seorang peserta lain pula meneka.
Persoalan itulah yang bermain di minda semua peserta. Setelah keadaan menjadi tegang, Ustaz Sharul tampil ke hadapan untuk membaca doa dan mengumumkan sesuatu.
" Pada hari ini sebenarnya sama-sama akan menghadiri majlis ilmu dan meraikan perkahwinan sahabat kita, Muhammad Nadjmi B. Muhd Fahkrul dengan pasangannya Nur Farah Ashikin. Dewan tiba-tiba sunyi beberapa saat, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang menjalankan tugasnya.  Sejurus selepas itu dewan kembali kecoh, ada yang teruja, ada yang terkejut dan ada juga yang cemburu.
" Jadi marilah sama-sama kita pergi ke masjid untuk meyaksikan pernikahan mereka, dan selepas itu kita akan kembali ke sini bersama pengantin baru untuk mengisi hati kita dengan ilmu yang berpatutan. Ustaz tahu kamu semua terkejut, dan inilah keistimewaan pada majlis kita pada hari ini, dua aktiviti berjalan serentak, jadi silakan semua..."

 "Aku terima nikahnya Nur Farah Ashikin Binti Azmi dengan mas kahwinya RM100 tunai" Farah menitiskan air mata gembira, Nadjmi telah menjadi miliknya. Nadjmi juga mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.
" Aku mencintainya Ya Allah, kau peliharalah cinta dan cintanya, janganlah engkau membiarkan aku mencintainya melebihi dirimu Ya Allah, aku tak akan berpaling darimu.." Farah menadah tangan mengucap syurga pada cinta pertamanya.

    Seterusnya mereka bersama-sama kembali ke dewan untuk acara seterusnya, pasangan pengantin diberikan tempat khas dan dhias indah. Ibu bapa kedua-dua mereka juga turut menyertai majlis ilmu yang berlangsung.
Kesemua tetamu dan peserta memuji pasangan yaang kelihatan secocok, Nadjmi dan Farah tersipu-sipu menerima pujian. Tetamu jemputan iaitu penceramah yang dijemput berkata bahawa program ini harus dijadikan contoh, perkahwinan bukanlah semestinya majlis yang besar dan gilang gemilang, cukup sekadar majlis akad nikah, sedikit jamuan dan lebih baik lagi jika diadakan majlis ilmu sebegini, agar keberkatannya lebih jelas. Majlis " Memperkasakan Cinta" berjalan dengan jayanya, mencapat matlamat dan objektif seperti yang dirancang oleh Ustaz Shahrul dan Nadjmi sendiri atas dasar prinsip yang dipengangnya, "menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram".

                                       **************************************

     Najdmi dan Isterinya Farah telah menjadi pelajar paling cemerlang di kolej mereka. Tidak beberapa lama selepas itu juga Nadjmi telah berjaya memperolehi kerja. Janjinya pada isteri tercinta dan juga keluarga ditepati, dahulunya mereka berdua bernikah diatas nama "pernikahan Misyar", tapi kini Nadjmi telah mula menggalas tangunjawabnya sebagai seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Kerana cinta mereka diberkati dan diredhai, mereka berdua dapat mengharungi segalanya dengan penuh kesabaran dan bahagia. Kerana cinta mereka kepada Allah terpelihara, maka Allah memelihara cinta mereka. Farah berasa sedih kerana sahabatnya Nora telah hanyut dalam cinta dunia, Nora menerima ujian yang berat, dengan terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika keluar bersama teman lelakinya, Farah sentiasa berdoa agar sahabatnya bertaubat dan menjadi insan solehah. Farah dan Nadjmi juga pernah dijemput oleh institut pengajian tinggi lain untuk memperjelasi apa itu MISYAR, yang menjadi kisah manis dalam hidup mereka.


    ##### TAMAT######

P/s : Maaf jika kisah ini tidak menarik, sya berusaha semampunya... Insya Allah.
     ^__^