Thursday 28 February 2013

Kerana Sastera !

 

       Kuliah pertama sastera hari ini amat mennyeronokkan kan aku, mana tidaknya dah memang sastera yang aku minat. Sastera kolot? tiada masa depan? jiwang? minat atau mat bunga? siapa cakap??? kalau berani cakap macam tu, mari kita berdebat.. wahhh, kuliah pertama itu lah yang memberikan aku semangat supaya terus meminati sastera tanpa mengendahkkan manusia lain yg menyatakan satera itu kolot padahal dialah yang lebih kolot..hee.. Korang jangan ckp yg budak sastera untuk budak2 bodoh, lau dowang bodoh camne dowang leh baca dan faham tulisan sasterawan negara, cuba korang baca.. garu kepala punya...ngutukk je pandai..

     Cara Dr Jat mengajar membuatkan aku tidak sabar untuk menunggu kuliah yang akan datang, begitu bijaknya Dr Jat membeli hatiku dengan Sastera.. ya sastera, hanya kerana sastera. Sastera adalah kehidupan, kehidupan seharian setiap manusia. Sastera juga lah sebenarnya yang dapat memanusiakan manusia. Mengapa kini terdapat banyak jenayah, salah laku dan sebagainya, kerana tiada sastera, jika mereka tahu apa itu satera nescaya mereka menjadi manusia. Disebabkan aku cintakan Sastera, jom aku ajar apa itu satera berdasarkan pemahaman aku, kalau salah x boleh marah kerana tidak akan salah..hehe,sastera adalah kata-kata jadi mana mungkin aku salah, sedangkan aku hanya berkata-kata.

      Kalau korang semua nak tahu, sastera sebenarnya berasal dari bahasa sanskrit iaitu "castra" yang disebut syastra, tahu maksudnya apa? mesti lah x tahu tahu kan, jadi aku bagitahu, maksudnya ialah Kitab suci. Sebenarnya kan korang semua x sedar yang korang sedang bersastera, korang tahu x superlative??? alaaa x kan tak tahu.. kan korang selalu guna...hek3.. superlative ni ialah perkataan yang korang guna dan xde perkataan lain dah yang boleh lawan perkataan korang tuhh, contohnya sedap giler!, sonok nak mampuih dan sebagainya.. mesti pernah guna kan... jangan nk geleng plak..hehe..
   
      Semua orang, bila ditanya tahu x sastera tu apa?? kenapa mesti jawab, novel, sajak, syair, ala yg wat kita lena je semua tuh.. korang salah tu.. korang selalu bersastera tnpa disedari, ye lahh bercakap tu kan sastera,tambah yang tgh panass bercinta.. alamak aiiii... sastera habis ckp luu... siang malam pagi petang,hahaha...tp bila tnya xnk mengaku, nape malu sngt nk ngaku yg kita sedang bersastera?? salah siapa ek?? salah siapa bila bidang Sastera ini dianggap hanya untuk pelajar yang lemah, aku bangkang 100%!!!  kenapa dekat sekolah hanya pelajar yang  kurang bagus je disuruh ambik sastera?? kenapa?? amboi mcm drama lakk..hihihi... ketidak puasan hati aku ada org peduli?? xde kan?? Kerana Sastera ini, xde orang lain yang aku nk salahkan.. semuanya salah pemimpin!! Jadi cepat-cepat lah tukar pemimpin supaya naik pemimpin yang tahu menghargai sastera... dan aku tahu bukan aku je yang mencintai sastera.. Kbaii...

Motif ---> Kerana Sastera jgk Harus tukar pemimpin kita, jgn pandang rendah pada sastera!!  Tukar!!!

Thursday 20 December 2012

Disini cinta aku bermula...

          Aku tidak sabar menunggu tarikhnya pilihan raya akan di umum, pilihan raya negara Malaysia yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh aku tetapi semua rakyat Malaysia . Ingin sahaja aku mempercepatkan masa yang ku rasakan kian lambat berjalan, mungkinkah ini penangan orang bercinta? atau macam mana? hehe...  Apa kaitanya cintaku dengan pilihan raya,urmmmm... kisahku bermula dizama era moden...

          Zaman yang serba maju dan moden ini, aku akui tiada siapa yang tidak mengenali facebook, begitu juga aku yang sangat teruja dengan laman sosial yang dikatakan menghantui dunia kini, tidak kira remaja,muda, tua, ataupun kanak-kanak. Apabila adanya laman ini kadangkala membuatkan aku tidak lena. Persoalan yang aku akan bangkitan hari ini ialah cinta di laman muka muka ini.. Argghhh!! aku tidak pernah percaya, mana mungkin kita jatuh cinta atau terjatuh cinta pada seseorang yang belum kita kenali, apatah lagi belum pernah menatap wajah, alasannya cinta itu buta atau kita yang butakan cinta.. Aku seorang gadis yang cintakan politik, dan aku percaya tidak ramai gadis seperti meminati bidang ini, buktinya sahabat- sahabat tidak endahkan akan cerita-ceritaku apabila masuk tajuk "politik",hahaha... terima jelah.. 

       "Wehh eiman jangan nak politik sangat boleh dak?? belajar je.. kita kan dekat Ipta " kata Aqilah,salah seorang sahabatku. Aku hanya tersenyum dan berkata, " No,no,no politik dah sebati dalam hidup aku,hehe".  " Ikut suka lah", aku x perlu risau kerana sahabat-sahabat sentiasa mengalah dengan aku, takkan orang yang berpolitik macam aku boleh kalah hujah, tak mungkin..hehehe..  

      Di bilik,pastinya depan komputer riba untuk mencari maklumat atas tugasan yang diberika pensyarah, sebenarnya ia hanya sambil-sambil, perkara utama ialah facebook aku. Aku akan "Add" semua rakan-rakan facebook yang memilih parti sama denganku, nak tahu tak apa? oopss.. rahsia laa.. Undi anda kan adalah rahsia.. "Keting!" bunyi menandakan ada mesej yang masuk di akaun facebook ku suatu hari, daripada seseorang yang tidak aku kenali yang pasti dia berada di dalam "kapal" yang sama dengan ku.. "Layan je lah"..

    Bermula dengan sapaan biasa, 
    Berbicara tentang hal semasa,
    Apabila dia menyatakan Cinta,
   Hati berdebar luar biasa...

    Puas kuhindar rasa di jiwa,
    semakin ia berbunga-bunga,
   Tak mungkin ku tolak hadirnya cinta,
   Mungkin ini takdir dari yang esa...

   Tidak ku hirau akan paras dan rupa
   Asalkan kau cinta aku rela,
  Tidak ku endah wang dan harta,
  Asalkan janjimu untuk setia...

     Dimana cintaku bermula?? jawapanya di laman muka buku... kenapa aku x sabar menunggu pilhan raya? kerana janjinya akan memperisterikan aku selepas pilihan raya.. yahoooo!! Disini Cinta bermula dan akan sentiasa membara... "Perkahwinan ialah apa yang di impikan oleh setiap wanita, apatah lagi bagi gadis-gadis sepertiku yang sentiasa tertanya-tanya akan siapa yang bakal bertahta disanubari". Semoga Mahligai indah yang di idam-idamkan terbina serta bahagia hingga syurga.

*HaNyA KaU Yg MaMpU...


p/s: cerita ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yang mati,jika terkena ianya hanya kebetulan semata-mata.. hehe..very short story and hnya untuk suka2..lau ada yg ase mcm bukan story, sorry..  Kepada pasangan yang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hendaknyaa... have fun!!! Lillah Taala..


      


        

Monday 6 August 2012

BUKAN AKU...

Jikau kau rasa rindu..
Bukan aku pengubat rindumu..
jika kau kesali kisah lalu..
bukan aku tempat kau mengadu..
jika kau rasa syahdu..
bukan aku tempat merawat sendumu..
jika kau rasa perlu..
bukan aku pelindung mu..

Kita punya DIA untuk merindu..
kita punya DIA sebagai tempat mengadu..
kita punya DIA yang bisa merawat hati yang beku..
kita punya DIA yang sentiasa memayungi waktu..
hanya DIA ALLAH tuhanku yang satu..
bukan aku dan akan tetap bukan aku yang kau perlu dulu,kini dan selalu....

Sunday 11 March 2012

Teringat dirimu..

Terasa bahagianya setiap hari  melihatnya,
Jauh atau dekat hatiku  tertanya-tanya,
Akan siapa yang sedang di hatinya,
Saat itu juga aku jadi terpinga.

Masih ada ruangkah untuk aku menyusupi,
Agar diriku  sentiasa ada dihati,
Dapat kuluahkan segala Cinta sakti,
Sejak dahulu tanpa kau sedari.

Apakah yang kau maksudkan,
Setiap hari memberi harapan,
Aku pula menanti jawapan,
Untuk melakar masa hadapan.

Menunggumu setiap waktu,
Jika ada perkhabaran baru,
Seharusnya kau tahu,
Aku teringat dirimu.

izinkan aku..

Ku harap kau izinkan aku cintaimu,
Meskipun aku mengerti dengan alasanmu,
Jangan kau pinta aku pergi dulu,
Kerana aku tak akan pernah jemu…

Terlanjur aku mencintaimu,
Mana mungkin aku menjadi tepu,
Tak akan aku halang rasa yang bertamu,
Izinkan aku cintaimu setiap waktu..

Harus Kau tahu

Ketika kau bersama dia ,
Menelannya aku  bersedia,
Lirikanmu langsung tidak mengena,
Harus kau tahu aku setia.

Beginikah rasa bila mencinta,
Bagai hati dicuah cuka,
Bahagia dirimu diriku terpenjara,
Harus kau tahu aku terluka.

Menanti hari kau menyapa,
Akan jiwaku yang tertanya ,
Melihat kau bersama dia,
Harus kau tahu aku tak rela.


Biar aku disitu..

Senyumanmu buat aku tak lena,
Padangan matamu buat aku bahagia,
Jelinganmu buat aku sengsara,
Kau sudah buat aku jatuh cinta….

Jangan kau hindariku bila kau terluka,
Carilah diriku bila kau ingin bersama,
Akan aku terus menjadi sang setia,
Atas nama cinta kasih selamanya….

Tidak mungkin aku beralih darimu,
Masa duka dan sedihmu datang bertamu,
Benci dan iri hati terus mengangu,
Biar aku disitu…..