Tuesday 29 November 2011

Selayakknya CINTA..


Dhahliya berlari-lari anak, dia ingin cepat-cepat meninggalkan lelaki yang tidak puas menganggu hidupnya. Raimi pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu, tetapi itu sebelum hatinya dimiliki oleh cinta yang lebih hebat seperti sekarang. Dhahliya mengakui salahnya juga kerana tidak berterus-terang tentang penganti yang telah berjaya menambat hatinya kini, secara tiba-tiba Dahliya meninggalkan Raimi begitu, pastinya menimbulkan tanda tanya di hati Raimi. Mereka tidak pernah bergaduh, dahulu mereka merupakan pasangan yang digelar "pasangan bahagia" oleh teman-teman. Namun Dhahliya sendiri tidak pasti tentang bahagia yang dimaksudkan.

"Liya, apa salah saya?kenapa Liya berubah sekarang, dimana Dhahliya yang saya kenal?" Raimi begitu kesal dengan perubahan terhadap kekasih hatinya, dia merasakan dia tidak pernah melakukan kesilapan terhadap Dhahliya, tetapi mengapa Dhahliya mesti berubah.
"Raimi, boleh tak Liya nak minta tolong dari Raimi." "Kenapa tidak Liya, saya akan lakukan apa sahaja untuk Liya" janji Raimi. "Awak jangan gangu saya lagi!" tegas Dhahliya.
Hancur luluh hati Raimi mendengar akan permintaan buah hatinya itu. Dhahliya pantas meninggalkan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Seperti batu besar yang menghempap tubuh Raimi, dia berasa sangat kecewa dengan permintaan Dhahliya. Tidak adil baginya, kerana dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang pernah dia lakukan.

Malam itu, hanya suara tangisan dan rintihan Dhahliya memenuhi ruang sudut biliknya, Dhahliya tidak pernah merasakan perasaan setenang ini. Peluang itu Dhahliya gunakan dengan sepenuhnya dengan pengabdian Dhahliya terhadap kekasihnya.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, kau lindunganlah aku daripada tipu daya cinta duniamu, sesungguhnya aku telah melakukan banyak dosa kepadamu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kau ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku,dosa guru-guruku, dan seluruh umat islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, hiasilah kami dengan kasih sayang...." Dhahliya merintih sepanjang malam, memohon keampunan Ilahi rabbi. Dhahliya menganggap dirinya terlalu kotor kerana pernah melakukan perkara yang dibenci Allah. Tidak mampu untuk dia terus-terusan melakukannya. Cukuplah kenangan lamanya yang cukup menyiksa jiwanya. Dhaliya bermohon agar dirinya dikurniakan ketenangan.

Selagi kepastian tidak diperolehnya,mana mungkin Raimi akan berpuas hati. Raimi nekad untuk mencari jawapan pada setiap persoalan yang bermain di fikirannya. Raimi ingin tahu, lelaki mana yang berjaya merampas Dhahliya darinya, sedangkan mereka saling mencintai. "Liya, saya perlukan jawapan dari Liya. Jika saya berikan jawapan dan saya puas hati, saya berjanji tidak akan mengangu Liya lagi". Dengan tenang Dhahliya memulakan bicaranya, " Liya telah menemui cinta yang selama ini Liya cari, cinta yang memberikan ketenangan buat Liya, cinta yang pastinya hakiki dan berkekalan selamanya, cinta ini tiada tandingannya, jika Liya bercinta dengan awak, DIA akan cemburu, Liya tidak akan biarkan DIA cemburu. Liya hanya cintai DIA". Jawapan Liya sebenarnya semakin mengelirukan Raimi. " Saya tidak faham Liya, berterus teranglah". "Cinta yang Liya maksudkan itu adalah cinta ALLAH... Hanya ALLAH yang layak dicintai, cinta ALLAH yang kekal abadi.

"Sayang, apa yang sayang fikirkan tu, jauh abang tengok sayang termenung". Dhaliya tersedar dari lamunanya, "Astarfirullahalazim, Liya minta maaf Abang, Liya cuma teringatkan kisah lama, kisah dimana bermulanya cinta Liya dengan DIA", "Alhamdulillah Liya tidak jauh tersasar". Kini Dhahliya memiliki dua cinta, cinta pada suaminya dan cinta pada Ilahi. Cinta Dhahliya pada suaminya juga adalah kerana Allah semata-mata. Kerana cintanya pada Allah jugalah Dhahliya mengecapi bahagia dan ketenangan di dunia. Hebatnya cinta ALLAH.

Semoga kita semua berjaya perolehi cinta Allah yang maha agung. Insya Allah..
by: aiman pazil









Monday 28 November 2011

Maafkan Aku....

Aku tidak pernah melupakan dirimu dan mungkin tidak akan pernah, mana mungkin aku melupakan dan meninggalkan dirimu setelah cintamu payah ku gengamikini ku muliki. Dulu seseorang pernah hadir diantara kita puas aku renungi agar dapat aku hindari.

Maafkan aku kerana pernah menduakan CINTAMU,berat hatiku ketika itu untuk melupakan dirinya kerana belum ku sedari akan CINTAMU yang Maha Tinggi. Seharusnya aku menepis dan menangkis walaupun bayangnya. Andai sedari dulu ku temui CINTAMU pasti aku tidak akan pernah menduakanmu, CINTAKU hanya padaMU.

Maafkan Aku kerana pernah menduakanmu, bukan rela hatiku, tetapi kerana pujuk rayu musuhmu, membuatkanku layu. Aku tidak akan mengabaikan dirimu seperti dulu, hanya dirimu dalam hatiku....


YA ALLAH, kau maafkan lah diriku...
sesungguhnya CINTAKU hanya untukmu..
Maafkan aku...


Wednesday 23 November 2011

Kerana Kau cukup INDAH...


Indahnya jika dapat menjadi wanita solehah, Solehahkah aku? persoalan yang tidak mungkin aku boleh jawab. Aku tidak mahu kelihatan solehah dihadapan teman-teman, ahli keluarga dan sesiapa sahaja selain DIA. Untuk menjadi yang cukup indah aku perlu menjaga auratku... sudah terjagakah auratku?aku harus menjaga batas pergaulanku, itu yang ku rasa sungguh sukar kerana kadangkala ia tidak dapat ku kawal hanya kerana sibuk dengan tugasan duniawi, tetapi aku aku berusaha menjadi yang terindah demi DIA. Aku ingin menjadi perhiasan di dunia. Keayuan wanita tidak terletak pada kecantikannya, kemanisan wanita tidak terletak pada kemanjaanya. Penarik wanita bukan pada kelunakkan bicara yang mengoncang iman pemuda, bukan pada kebijaksaan bermain lidah memujuk rayu.
~ Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indahnya bak permata.
~Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan ketebalan ilmu.
~Hati mengatakan bahawa wanita cantik pada akhlak dan peribadinya.
Sebagai wanita, jangan sesekali tertipu dengan kecantikkan,janganlah terlalu berbangga dengan kecantikkan luaran kerana ia sudah tentu akan menghilang. Peliharalah kecantikkan dalaman yang pastinya akan sentiasa terpendam dan x mungkin hilang KERANA KAU CUKUP INDAH... ^__^

p/s: jangan berdukacita dengan sebarang kekurangan.
by : aimanpazil


























Tuesday 22 November 2011

Lebih Baik Diam ! @__@

Apa yang aku lihat pada pagi tadi, menyebabkan aku terfikir sejenak. Merenung mencari jawapan. Akhirnya ini yang aku dapat, "Lebih baik Diam" daripada bercakap dan menambah dosa serta meghiris hati orang lain tanpa kita sedari. Kadang-kadang persoalan yang kita timbulkan akan mengecilkan hati orang lain, adakah ia sesuatu yang baik? lebih baik diam!
Diam bukan bermakna takut, diam bukan bermakna pengecut, diam juga bukan bermakna akan terlucut. ^__^ Bukankah ada pepatah yang mengatakan "diam-diam ubi berisi" , ertinya walaupon seseorang itu tidak menonjol atau suka berdiam diri ini tidak bermakana dia tidak mempunyai apa-apa yang istimewa, malah mungkin dia yang lebih berkualiti dari kita, dan ini juga berkaitan dengan sifat bersangka baik dengan orang lain.
Perlu ke bercakap perkara akan perkara yang tidak perlu? tidak perlu rasa bahawa jika tidak banyak bercakap bermakna tiada kawan, dikatakan sombong atau tidak ramah. Persoalannya di sini, mengapa kita perlu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain.... Jika kita dapat merenung dan dapat memikirkan menggunakan pemikiran mata hati, maka semua orang di antara kita akan sedar bahawa perlukan akan sikap saling lengkap melengkapi antara kita. Amat rugilah jika kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang tidak akan pernah jemu menghasut dan terus menghasut agar kita berada di dalam kesesatan yang nyata. Begitu juga dengan penyakit mengumpat, yang kini seperti wabak yang menular di sekiling kita, "umpama tidak senang hidup tanpa umpatan",bagaimana dengan diri kita? takutlah kepada Allah, hanya itu yang dapat menghalang kita dari sebarang kemungkaran, Insya Allah.

Dari Abu Hurairah R, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman  kepada Allah dan hari akhirat hendaklah meghormati tetangganya dan barangsiapa yang berima kepada Allah dan hari akhir hendaklah memuliakan tamunya. 
( Riwayat Bukhari dan Muslim)


By aimanpazil

Monday 21 November 2011

Adoi...Merajuk..^__^

        Merajuk? adakah anda pernah merajuk? tipu lah kalau tidak pernah merajuk. Terlintas di hati aku untuk berkongsi tajuk ini kerana, ada seorang sahabat aku telah terlibat dalam kes merajuk...^__^ Risau sebenarnya apabila memikirkan sahabat yang merajuk, lebih-lebih lagi apabila merajuk dan kita tidak tahu puncanya..
Anda rasa kenapa seseorang itu merajuk? bagi saya, seseorang itu merajuk kerana meminta perhatian,atau lebih tepatnya minta di pujuk..tetapi amatlah malang jika merajuk dengan orang yang tidak tahu nk pujuk, seperti diriku ini ..^__^ Selalunya orang merajuk kerana berkecil hati dan orang lain tidak mengendahkannya. Boleh juga terjadi apabila seseorang itu tidak diberikan kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya dan permintaannya. Jangan cakap anda tidak akan merajuk, kerana penyakit  merajuk ini tidak memilih siapa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kecil atau besar malah anak boleh merajuk dengan ayah, dan ayah juga boleh merajuk dengan ayah.
        Sebenarnya, penyakit merajuk ini berpunca daripada hati yang kurang ada rasa kehambaan. Apabila tiada rasa ini, dia akan merasa diri sebagai tuan, jadi sebagai tuan dia mestilah dihormati dan katanya perlu didengar. Hati akan berasa marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tiada kuasa, marahnya tidak dapat dilepaskan dan beralih kepada merajuk. Denga merajuk,dia merasakan orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun hanya mendiamkan diri sahaja.
       Benarkah merajuk lebih baik dari marah? Jawapannya sudah tentu tidak, kedua-duanya adalah sifat keji yang timbul daripada rasa diri mulia dan dihormati tanpa menyedari ada yang lebih tinggi iaitu Allah, ia juga terhasil daripada hasutan syaitan dan pujukan nafsu. Sesiapa yang merasa mempunyai atau terjebak dengan penyakit ini cepat-cepatlah bertaubat. Walaubagaimana pun setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga penyakit merajuk ini, ubatnya ialah, tanamkanlah sifat ketuhanan dan sifat kehambaan dalam diri. Perlu sentiasa mempunyai rasa rendah diri, malah merasakan bahawa Allah melihat setiap apa yang kita lakukan. Diharapkan anda semua bukanlah jenis cepat merajuk, jika ya, cepat-cepatlah buat perubahan, semoga dipermudahkan..Insya Allah...^___^...
 

Sunday 20 November 2011

Berlapang Dada

"Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,
engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang
semakin lama semakin bertambah, semakin luas,
duka yang makin mengecil dan menyempit. engkau
harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,
sebenarnya jiwamulah yang sempit, bukan dunianya."
(Ar Rafi'i, Wahyul Qalam, 1/50)

Dalam perjalanan panjang seperti ini, kita memerlukan satu bekal. iaitu sikap berlapang dada, nafas panjang dan mudah memaafkan. Seperti orang-orang soleh dahulu, yang tidak peduli dengan suasana getir yang mereka terima dalam menjalani ketaatan. Seperti para pejuang yang tidak pernah tersengal-sengal oleh kejaran musuh-musuhnya dijalan Allah. Seperti Rasulullah Saw yang tidak merasa tertekan dengan penghinaan atau cacian orang-orang sekitarnya.

Sungguh luar biasa sikap orang-orang soleh dalam memandang dan mengukur penghinaan orang lain terhadap dirinya. Ibrahim An Nakh'i, suatu hari berjalan bersama sahabatnya, seorang buta. Setelah beberapa lama menyusuri jalan, orang buta itu mengatakan, "Ya ibrahim, orang-orang yang melihat kita mengatakan,"itu orang buta dan orang pincang.... itu orang buta dan orang pincang." Ibrahim dengan tenang lalu mengatakan, "Kenapa engkau begitu terbebani pemikirannya? jika mereka berdosa kerana menghina kita dan kita mendapat pahala. lalu kenapa?"
Fudhail bin Iyadh, tokoh ulama yang tekenal dengan ketaqwaanya di zaman generasi Tabi'in bercerita bahawa suatu ketika, saat berada dimasjidilharam, ia didatangi seseorang yang menangis. Fudhail bertanya,"Kenapa engkau menangis?" Orang itu menjawab, "Aku kehilangan beberapa dinar dan aku tahu wang ku dicuri." Fidhail mengatakan, "Apakah engkau menangis hanya kerana dinar?" Sungguh mengejutkan jawapan orang itu. Ia menjawab, "Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah, dengan pencuri itu, itulah yang menyebabkan aku menangis...."
Kita boleh menjadi seperti mereka. Jika kita tahu dan sedar, ada sasaran besar dan tujuan maha agung yang akan kita capai bersama di hujung jalan ini. Ada yang maha penting dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. dan ada yang maha mulia dari segalanya... Tidak ada maknanya pada setiap halangan yang kita temui selama ini, kerana sesungguhnya kita sedang berjuang menuju Allah....

Saturday 19 November 2011

Cinta yang pasti...(3)

     Pengalamannya diselami dinihari, mencari dan terus mencari akan penganti yang mengekalkan imani. sedarilah dia tentang cinta yang pasti, selama ini belum pernah dia hargai, cinta pada ilahi rabbi. Cinta itu pasti, cinta itu hakiki, cinta itu abadi..Cintai ilahi tidak membawa rugi, hakikatnya syurga yang menanti.. Kerinduan pada yang pasti, lebih jelas dinikmati. lepasi kerinduan hati dengan bersujud pada ilahi..Cinta Allah, cinta yang pasti.

                 "Tidaklah seorang muslim sujud kepada Allah
          satu kali sujud, kecuali Allah akan angkat darjatnya dan akan
          Allah hapuskan kesalahanya."    (HR. Ibnu Majah)

~percubaan pertama~

Wednesday 16 November 2011

cinta yang pasti...(2)

Terus berharap dan berharap tanpa menyedari ianya bukanlah suatu yang pasti. Dia tidak mengetahui akan kekecewaan yang bakal dihadapi. Menanti, menanti dan terus menanti, dia terperangkap dengan rasa cinta yang tidak pernah dipinta. "Cinta dia bukan kerana rupa,bukan kerana harta,dah bukan kerana melayan jiwa, tetapi kerana akhlak si pemuda yang dianggap terpuji". Sering kali alasan itu yang dia beri, agar dia terus dapat memendam rasa cinta yang tidak terperi.
Benarlah apa yang disangka, cinta dia dipandang biasa. Kecewalah yang dirasa, dihati turut terseksa. Rupanya pemuda yang dicinta terikat dengan sahabat setia. Namun dya bangkit dari lena, beralih pada yang nyata... pengharapan pada cinta manusia yang membawa binasa,pengajarannya diambil sebangai pengalaman yang luar biasa....

continue.... ^__^

Tuesday 15 November 2011

Cinta yang pasti...

     Berharap,harapan, aku amat pasti bahawa setiap manusia mempunyai harapan atau berharap kepada sesuatu..tetapi adakah kita pasti harapan yang kita genggami akan pasti terjadi,pada siapakah sebenarnya kita patut berharap.. kisahnya bermula apabila seorang "dia" yang sedang meningkat remaja, sedang mencari kematangan, dan fitrahnya jatuh cinta. namun demi menjaga hati, dan tuntutan syarak yang sama sekali melarang sebarang percintaan sebelum masanya,dia merelakan sahaja perasaan terus disimpan di sudut hati... Seorang insan telah membuat hatinya digangu, serta memberi idea kepada iblis supaya terus menghasut dan memujuk supaya dia sentisa lalai dengan cinta dunia.. Dia terusan menjadi seorang yang perindu, sentiasa merindui pada yang tidak perlu..

          p/s : adakah "dia"  akan terus terpedaya dengan perasaan nya sendiri.. to be continue....^__^

Kata-kata indah.....

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Tiada Kejayan SEMANIS MADU Tanpa Pengorbanan SEPAHIT HEMPEDU...

JA'AFAR AL-BARMAKI
yang merupakan menteri kepada al-khidir al-Jawwad dibunuh ketika berusia 37 tahun.
 
UMAR BIN ABDUL AZIZ
khalifah yang agung dan zuhud dibunuh pada usia 40 tahun.

IBN MUQAFFA'
dibunuh pada usia 37 tahun.

 MASRUQ
di kala mengerjakan haji tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud. 

ASWAD BIN YAZID
berpuasa sehingga badanya pucat.

YAZID BIN HARUN
menangis sehingga buta matanya.

ABU MUSA AL-ASY'ARI
berjalan sehingga pecah tapak kakinya.

IMAM BUKHARI
pernah berkata, "Aku tidak pernah berdusta semenjak aku baligh."

"BUKA MINDA UNTUK TAKLUK DUNIA"


sumber : Kunci kejayaan minda- Dr Aidh Abdullah Al-Qarni