Monday 21 November 2011

Adoi...Merajuk..^__^

        Merajuk? adakah anda pernah merajuk? tipu lah kalau tidak pernah merajuk. Terlintas di hati aku untuk berkongsi tajuk ini kerana, ada seorang sahabat aku telah terlibat dalam kes merajuk...^__^ Risau sebenarnya apabila memikirkan sahabat yang merajuk, lebih-lebih lagi apabila merajuk dan kita tidak tahu puncanya..
Anda rasa kenapa seseorang itu merajuk? bagi saya, seseorang itu merajuk kerana meminta perhatian,atau lebih tepatnya minta di pujuk..tetapi amatlah malang jika merajuk dengan orang yang tidak tahu nk pujuk, seperti diriku ini ..^__^ Selalunya orang merajuk kerana berkecil hati dan orang lain tidak mengendahkannya. Boleh juga terjadi apabila seseorang itu tidak diberikan kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya dan permintaannya. Jangan cakap anda tidak akan merajuk, kerana penyakit  merajuk ini tidak memilih siapa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kecil atau besar malah anak boleh merajuk dengan ayah, dan ayah juga boleh merajuk dengan ayah.
        Sebenarnya, penyakit merajuk ini berpunca daripada hati yang kurang ada rasa kehambaan. Apabila tiada rasa ini, dia akan merasa diri sebagai tuan, jadi sebagai tuan dia mestilah dihormati dan katanya perlu didengar. Hati akan berasa marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tiada kuasa, marahnya tidak dapat dilepaskan dan beralih kepada merajuk. Denga merajuk,dia merasakan orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun hanya mendiamkan diri sahaja.
       Benarkah merajuk lebih baik dari marah? Jawapannya sudah tentu tidak, kedua-duanya adalah sifat keji yang timbul daripada rasa diri mulia dan dihormati tanpa menyedari ada yang lebih tinggi iaitu Allah, ia juga terhasil daripada hasutan syaitan dan pujukan nafsu. Sesiapa yang merasa mempunyai atau terjebak dengan penyakit ini cepat-cepatlah bertaubat. Walaubagaimana pun setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga penyakit merajuk ini, ubatnya ialah, tanamkanlah sifat ketuhanan dan sifat kehambaan dalam diri. Perlu sentiasa mempunyai rasa rendah diri, malah merasakan bahawa Allah melihat setiap apa yang kita lakukan. Diharapkan anda semua bukanlah jenis cepat merajuk, jika ya, cepat-cepatlah buat perubahan, semoga dipermudahkan..Insya Allah...^___^...
 

No comments:

Post a Comment