Tuesday 29 November 2011

Selayakknya CINTA..


Dhahliya berlari-lari anak, dia ingin cepat-cepat meninggalkan lelaki yang tidak puas menganggu hidupnya. Raimi pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu, tetapi itu sebelum hatinya dimiliki oleh cinta yang lebih hebat seperti sekarang. Dhahliya mengakui salahnya juga kerana tidak berterus-terang tentang penganti yang telah berjaya menambat hatinya kini, secara tiba-tiba Dahliya meninggalkan Raimi begitu, pastinya menimbulkan tanda tanya di hati Raimi. Mereka tidak pernah bergaduh, dahulu mereka merupakan pasangan yang digelar "pasangan bahagia" oleh teman-teman. Namun Dhahliya sendiri tidak pasti tentang bahagia yang dimaksudkan.

"Liya, apa salah saya?kenapa Liya berubah sekarang, dimana Dhahliya yang saya kenal?" Raimi begitu kesal dengan perubahan terhadap kekasih hatinya, dia merasakan dia tidak pernah melakukan kesilapan terhadap Dhahliya, tetapi mengapa Dhahliya mesti berubah.
"Raimi, boleh tak Liya nak minta tolong dari Raimi." "Kenapa tidak Liya, saya akan lakukan apa sahaja untuk Liya" janji Raimi. "Awak jangan gangu saya lagi!" tegas Dhahliya.
Hancur luluh hati Raimi mendengar akan permintaan buah hatinya itu. Dhahliya pantas meninggalkan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Seperti batu besar yang menghempap tubuh Raimi, dia berasa sangat kecewa dengan permintaan Dhahliya. Tidak adil baginya, kerana dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang pernah dia lakukan.

Malam itu, hanya suara tangisan dan rintihan Dhahliya memenuhi ruang sudut biliknya, Dhahliya tidak pernah merasakan perasaan setenang ini. Peluang itu Dhahliya gunakan dengan sepenuhnya dengan pengabdian Dhahliya terhadap kekasihnya.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, kau lindunganlah aku daripada tipu daya cinta duniamu, sesungguhnya aku telah melakukan banyak dosa kepadamu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kau ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku,dosa guru-guruku, dan seluruh umat islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, hiasilah kami dengan kasih sayang...." Dhahliya merintih sepanjang malam, memohon keampunan Ilahi rabbi. Dhahliya menganggap dirinya terlalu kotor kerana pernah melakukan perkara yang dibenci Allah. Tidak mampu untuk dia terus-terusan melakukannya. Cukuplah kenangan lamanya yang cukup menyiksa jiwanya. Dhaliya bermohon agar dirinya dikurniakan ketenangan.

Selagi kepastian tidak diperolehnya,mana mungkin Raimi akan berpuas hati. Raimi nekad untuk mencari jawapan pada setiap persoalan yang bermain di fikirannya. Raimi ingin tahu, lelaki mana yang berjaya merampas Dhahliya darinya, sedangkan mereka saling mencintai. "Liya, saya perlukan jawapan dari Liya. Jika saya berikan jawapan dan saya puas hati, saya berjanji tidak akan mengangu Liya lagi". Dengan tenang Dhahliya memulakan bicaranya, " Liya telah menemui cinta yang selama ini Liya cari, cinta yang memberikan ketenangan buat Liya, cinta yang pastinya hakiki dan berkekalan selamanya, cinta ini tiada tandingannya, jika Liya bercinta dengan awak, DIA akan cemburu, Liya tidak akan biarkan DIA cemburu. Liya hanya cintai DIA". Jawapan Liya sebenarnya semakin mengelirukan Raimi. " Saya tidak faham Liya, berterus teranglah". "Cinta yang Liya maksudkan itu adalah cinta ALLAH... Hanya ALLAH yang layak dicintai, cinta ALLAH yang kekal abadi.

"Sayang, apa yang sayang fikirkan tu, jauh abang tengok sayang termenung". Dhaliya tersedar dari lamunanya, "Astarfirullahalazim, Liya minta maaf Abang, Liya cuma teringatkan kisah lama, kisah dimana bermulanya cinta Liya dengan DIA", "Alhamdulillah Liya tidak jauh tersasar". Kini Dhahliya memiliki dua cinta, cinta pada suaminya dan cinta pada Ilahi. Cinta Dhahliya pada suaminya juga adalah kerana Allah semata-mata. Kerana cintanya pada Allah jugalah Dhahliya mengecapi bahagia dan ketenangan di dunia. Hebatnya cinta ALLAH.

Semoga kita semua berjaya perolehi cinta Allah yang maha agung. Insya Allah..
by: aiman pazil









No comments:

Post a Comment