Tuesday 22 November 2011

Lebih Baik Diam ! @__@

Apa yang aku lihat pada pagi tadi, menyebabkan aku terfikir sejenak. Merenung mencari jawapan. Akhirnya ini yang aku dapat, "Lebih baik Diam" daripada bercakap dan menambah dosa serta meghiris hati orang lain tanpa kita sedari. Kadang-kadang persoalan yang kita timbulkan akan mengecilkan hati orang lain, adakah ia sesuatu yang baik? lebih baik diam!
Diam bukan bermakna takut, diam bukan bermakna pengecut, diam juga bukan bermakna akan terlucut. ^__^ Bukankah ada pepatah yang mengatakan "diam-diam ubi berisi" , ertinya walaupon seseorang itu tidak menonjol atau suka berdiam diri ini tidak bermakana dia tidak mempunyai apa-apa yang istimewa, malah mungkin dia yang lebih berkualiti dari kita, dan ini juga berkaitan dengan sifat bersangka baik dengan orang lain.
Perlu ke bercakap perkara akan perkara yang tidak perlu? tidak perlu rasa bahawa jika tidak banyak bercakap bermakna tiada kawan, dikatakan sombong atau tidak ramah. Persoalannya di sini, mengapa kita perlu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain.... Jika kita dapat merenung dan dapat memikirkan menggunakan pemikiran mata hati, maka semua orang di antara kita akan sedar bahawa perlukan akan sikap saling lengkap melengkapi antara kita. Amat rugilah jika kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang tidak akan pernah jemu menghasut dan terus menghasut agar kita berada di dalam kesesatan yang nyata. Begitu juga dengan penyakit mengumpat, yang kini seperti wabak yang menular di sekiling kita, "umpama tidak senang hidup tanpa umpatan",bagaimana dengan diri kita? takutlah kepada Allah, hanya itu yang dapat menghalang kita dari sebarang kemungkaran, Insya Allah.

Dari Abu Hurairah R, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman  kepada Allah dan hari akhirat hendaklah meghormati tetangganya dan barangsiapa yang berima kepada Allah dan hari akhir hendaklah memuliakan tamunya. 
( Riwayat Bukhari dan Muslim)


By aimanpazil

No comments:

Post a Comment