Sunday 20 November 2011

Berlapang Dada

"Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,
engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang
semakin lama semakin bertambah, semakin luas,
duka yang makin mengecil dan menyempit. engkau
harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,
sebenarnya jiwamulah yang sempit, bukan dunianya."
(Ar Rafi'i, Wahyul Qalam, 1/50)

Dalam perjalanan panjang seperti ini, kita memerlukan satu bekal. iaitu sikap berlapang dada, nafas panjang dan mudah memaafkan. Seperti orang-orang soleh dahulu, yang tidak peduli dengan suasana getir yang mereka terima dalam menjalani ketaatan. Seperti para pejuang yang tidak pernah tersengal-sengal oleh kejaran musuh-musuhnya dijalan Allah. Seperti Rasulullah Saw yang tidak merasa tertekan dengan penghinaan atau cacian orang-orang sekitarnya.

Sungguh luar biasa sikap orang-orang soleh dalam memandang dan mengukur penghinaan orang lain terhadap dirinya. Ibrahim An Nakh'i, suatu hari berjalan bersama sahabatnya, seorang buta. Setelah beberapa lama menyusuri jalan, orang buta itu mengatakan, "Ya ibrahim, orang-orang yang melihat kita mengatakan,"itu orang buta dan orang pincang.... itu orang buta dan orang pincang." Ibrahim dengan tenang lalu mengatakan, "Kenapa engkau begitu terbebani pemikirannya? jika mereka berdosa kerana menghina kita dan kita mendapat pahala. lalu kenapa?"
Fudhail bin Iyadh, tokoh ulama yang tekenal dengan ketaqwaanya di zaman generasi Tabi'in bercerita bahawa suatu ketika, saat berada dimasjidilharam, ia didatangi seseorang yang menangis. Fudhail bertanya,"Kenapa engkau menangis?" Orang itu menjawab, "Aku kehilangan beberapa dinar dan aku tahu wang ku dicuri." Fidhail mengatakan, "Apakah engkau menangis hanya kerana dinar?" Sungguh mengejutkan jawapan orang itu. Ia menjawab, "Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah, dengan pencuri itu, itulah yang menyebabkan aku menangis...."
Kita boleh menjadi seperti mereka. Jika kita tahu dan sedar, ada sasaran besar dan tujuan maha agung yang akan kita capai bersama di hujung jalan ini. Ada yang maha penting dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. dan ada yang maha mulia dari segalanya... Tidak ada maknanya pada setiap halangan yang kita temui selama ini, kerana sesungguhnya kita sedang berjuang menuju Allah....

No comments:

Post a Comment