Sunday 11 December 2011

HANYA AKU CINTA IBU SEORANG....

      "Ibu baju kak teh dah basuh ke belum? kak teh nak pakai esok", soalku kepada ibu, dengan tenang ibu menjawab "dah tersidai kat luar". Wajarkah apa yang kita lakukan kepada ibu? layakkah IBU mendapat layanan begitu setelah apa yang IBU korbaNkan kepada kita bertahun-tahun. Baiknya hati IBU, tidak pernah marah apabila dipinta itu ini oleh anak-anak, sentiasa bersabar dan terus bersabar. Pernahkah walaupun sesaat anda memikirkan akan tentang apa yang yang pernah dilakukan IBU. Cukuplah hanya memikirkan susah payahnya IBU melahirkan kita, kerana kita tidak akan mampu membalas pengorbanannya. IBU tidak pernah minta agar kita perolehi 30 A, 50 A, menjadi anak solehah dan berguna sudah cukup bagi IBU.

 Jika Ibu ada melarang kita dari berbuat sesuatu, apa jawapan yang kita beri, " ibu ni tak faham lah", "ni tak boleh tu tak boleh". Kirakah anda akan bilangan anda melayan ibu dengan baik dan tidak baik. Benarkah ada yang menyatakan bahawa kita dilahirkan untuk menyusahkan ibu dan bapa kita? sebenarnnya penulis amat tidak bersetuju dengan pernyataan itu, malah berasa tidak patut pada mereka yang terus mahu meyusahkan ibu dan bapa. Jika anda seorang yang pemarah dan panas baran, lupakan sifat itu ketika berdepan dengan IBU, Jika anda seorang yang tinggi ego, rendahkan hanya untuk IBU, jika anda seorang yang suka memberi arahan, tunaikan lah arahan ibu, kerana IBU adalah insan yang tidak layak menerima amarah, ego serta arahan dari anda. Sajak penulis BUAT IBU...
Hempusan sang bayu lembut bertiup,
I LOVE U IBU
Deruan ombak setia menyusur pantai,
sayu hati bila menatap,
memori indah kita merantai.

Tanda ikatan tulus buatmu,
Lantas ku tuliskan kepada ibu,
Moga abadi disanubarimu,
Dapat bersemi selalu.

Peringatan mu ibu,
Ku kenangi selalu,
Dihati sentiasa terbuku,
Takkan ku ingkari janji denganmu.

Ibu ingatiku akan segala yang manis pasti ada pahitnya,              
Begitulah jua kehidupan bersama,   
Setiap yang terindah jadikan hiasan,
Setiap yang buruk bukanlah sesalan.


Semakin hari cinta dan sayangku pada ibu semakin bertambah-tambah, menjadi seorang perindu juga kerana ibu. Setiap hari mahu menatap wajah ibu, tunggu ibu, anakmu ini pulang membawa ilmu, akan memperhambakan diri kepadamu setelah Allah dan Rasul. Memang ini bukan yang ibu mahu, tapi ku sedar akan kewajibanku. Terima kasih ibu, "HANYA AKU CINTA IBU SEORANG".

by : aimanpazil






No comments:

Post a Comment