![]() |
Bagaimana untuk menjaga hati orang lain..? dan diri sendiri? sebenarnya kita juga boleh menyakiti hati sendiri dengan kata-kata yang diucapkan sendiri. Pasti ada yang pernah menyesali apa yang diucapkan, ia sebenarnya menyakiti hati anda sendiri. Dan cara untuk menjaga hati orang dan hati kita ialah yang pertama Bercakaplah bila perlu, kerana apabila hanya bercakap perkara yang perlu maka, perkara yang tidak perlu akan dikurangkan dan mungkin tiada langsung dan ia boleh mengelakkan diri anda dari menyakiti hati orang dan hati sendiri.
Yang kedua ialah Berfikir sebelum bercakap, berfikir sebelum bercakap ini adalah aspek yang sangat penting, kadang-kadang ia boleh menyelamatkan kita dari amarah orang lain dan juga dosa kerana menyakiti hati orang lain. Tidak rugi juga kita berfikir malah amat menguntungkan.
Yang ketiga ialah Mengunakan perkataan yang baik, perkataan yang menyenangkan hati orang yang mendengar, dan yang bercakap juga akan berasa tenang. Pemilik hati yang kotor yang akan mengeluarkan kata-kata yang kotor. Kotorkah hati anda?
Imam Al-Ghazali menyatakan "keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka ialah lidah. Sesungguhnya lidah adalah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan nafsu".
Dengan kata-kata Imam Al- Ghazali itu jelaslah bahawa kita seharusnya menjaga lidah agar tidak menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Rasulullah juga pernah Bersabda : "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya". ( Hadis Riwayat Imam Tarmizi )
Semoga kita dapat bersama-sama memelihara lidah daripada mendapat kebencian Allah, serta dapat MENJAGA HATI sesama manusia dan tidak memperolehi Dosa tanpa disedari.
By : aimanpazil
No comments:
Post a Comment