
********************************
" Bila seorang lelaki bercinta dengan perempuan itu haram ke? itu bukan haram tetapi fitrah. Cuma kita kena salurkan cinta itu ke jalan yang betul. Sebut sahaja mahasiswa pasti berumur 18 tahun ke atas, umur ini dah terlajak, sebenarnya sejak akil baligh lagi sudah mempunyai keinginan untuk bersama diantara lelaki dan perempuan, sampai termimpi-mimpi dan macam-macam lagi akan berlaku. Jika di pusat pengajian seorang lelaki sudah berminta kepada seorang perempuan dan mahu mengambilnya sebagai isteri dan layak menjadi ibu kepada anak-anaknya, kerana Allah kita sayang dia, dan kalau dan suka sama suka pada pendapat saya kahwin sahajalah. Daripada mereka terdedah kepada lembah zina, lepas itu mengandung dan susah nak berhadapan dengan masyarakat yang tidak memahami lebih baik berkahwin". Masih tergiang-giang di telinga Nadjmi akan tazkirah Ustaz Syahrul bulan lepas, Ustaz Syahrul mengadakan Tazkirah seminggu sekali dan Nadjmi tidak pernah melepaskan peluang itu, baginya untuk menuntut ilmu tidak perlu memilih guru dan topik, tidak seperti rakan-rakannya, tidak suka mendengar tazkirah Ustaz Syarul hanya kerana selalu membicarakan topik "perkahwinan".
"Mama dan Papa dah berbincang, kami tidak setuju dengan keputusan Nadjmi untuk berkahwin". Puan Faizah amat tegas berkenaan hal nikah kahwin ini, baginya ini bukan perkara yang boleh diambil mudah, walaupun suaminya, Encik Fakrul menyuruh isterinya memberi peluang kepada anak tunggal mereka itu. "Tapi Ma..." Nadjmi ingin membantah tetapi dipotong oleh Mamanya, "Tak ada tapi-tapi, Mama cakap tak boleh, tak boleh la Nadjmi". Mata Nadjmi melirik kearah Papanya memohon belas agar membelanya, namun Papanya hanya mengangkat bahu. "Nadjmi nak keluar", pinta Nadjmi untuk melepaskan dirinya dari terus berbahas dengan Mamanya.
### BERSAMBUNG###
By: aiman pazil
Assalamualaikum..
ReplyDeleteukhtiku syg..moga terus menulis..
moga Allah sentiasa memudhkn urusanmu..
syg kpdmu fillah..^_^.
Waalaikumussalam, terima kasih srikandi pertama..insya Allah, mohon Doa dari adik2 ea..amiiin..
ReplyDelete