aiman pazil.... Ada pohon yang begitu indah dan menarik orang untuk melihatnnya...tetapi hanya layak untuk menjadi hiasan sahaja..Jadilah yang begitu indah, menarik serta berguna buat sekalian alam..
Thursday, 28 February 2013
Kerana Sastera !
Kuliah pertama sastera hari ini amat mennyeronokkan kan aku, mana tidaknya dah memang sastera yang aku minat. Sastera kolot? tiada masa depan? jiwang? minat atau mat bunga? siapa cakap??? kalau berani cakap macam tu, mari kita berdebat.. wahhh, kuliah pertama itu lah yang memberikan aku semangat supaya terus meminati sastera tanpa mengendahkkan manusia lain yg menyatakan satera itu kolot padahal dialah yang lebih kolot..hee.. Korang jangan ckp yg budak sastera untuk budak2 bodoh, lau dowang bodoh camne dowang leh baca dan faham tulisan sasterawan negara, cuba korang baca.. garu kepala punya...ngutukk je pandai..
Cara Dr Jat mengajar membuatkan aku tidak sabar untuk menunggu kuliah yang akan datang, begitu bijaknya Dr Jat membeli hatiku dengan Sastera.. ya sastera, hanya kerana sastera. Sastera adalah kehidupan, kehidupan seharian setiap manusia. Sastera juga lah sebenarnya yang dapat memanusiakan manusia. Mengapa kini terdapat banyak jenayah, salah laku dan sebagainya, kerana tiada sastera, jika mereka tahu apa itu satera nescaya mereka menjadi manusia. Disebabkan aku cintakan Sastera, jom aku ajar apa itu satera berdasarkan pemahaman aku, kalau salah x boleh marah kerana tidak akan salah..hehe,sastera adalah kata-kata jadi mana mungkin aku salah, sedangkan aku hanya berkata-kata.
Kalau korang semua nak tahu, sastera sebenarnya berasal dari bahasa sanskrit iaitu "castra" yang disebut syastra, tahu maksudnya apa? mesti lah x tahu tahu kan, jadi aku bagitahu, maksudnya ialah Kitab suci. Sebenarnya kan korang semua x sedar yang korang sedang bersastera, korang tahu x superlative??? alaaa x kan tak tahu.. kan korang selalu guna...hek3.. superlative ni ialah perkataan yang korang guna dan xde perkataan lain dah yang boleh lawan perkataan korang tuhh, contohnya sedap giler!, sonok nak mampuih dan sebagainya.. mesti pernah guna kan... jangan nk geleng plak..hehe..
Semua orang, bila ditanya tahu x sastera tu apa?? kenapa mesti jawab, novel, sajak, syair, ala yg wat kita lena je semua tuh.. korang salah tu.. korang selalu bersastera tnpa disedari, ye lahh bercakap tu kan sastera,tambah yang tgh panass bercinta.. alamak aiiii... sastera habis ckp luu... siang malam pagi petang,hahaha...tp bila tnya xnk mengaku, nape malu sngt nk ngaku yg kita sedang bersastera?? salah siapa ek?? salah siapa bila bidang Sastera ini dianggap hanya untuk pelajar yang lemah, aku bangkang 100%!!! kenapa dekat sekolah hanya pelajar yang kurang bagus je disuruh ambik sastera?? kenapa?? amboi mcm drama lakk..hihihi... ketidak puasan hati aku ada org peduli?? xde kan?? Kerana Sastera ini, xde orang lain yang aku nk salahkan.. semuanya salah pemimpin!! Jadi cepat-cepat lah tukar pemimpin supaya naik pemimpin yang tahu menghargai sastera... dan aku tahu bukan aku je yang mencintai sastera.. Kbaii...
Motif ---> Kerana Sastera jgk Harus tukar pemimpin kita, jgn pandang rendah pada sastera!! Tukar!!!
Thursday, 20 December 2012
Disini cinta aku bermula...
Aku tidak sabar menunggu tarikhnya pilihan raya akan di umum, pilihan raya negara Malaysia yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh aku tetapi semua rakyat Malaysia . Ingin sahaja aku mempercepatkan masa yang ku rasakan kian lambat berjalan, mungkinkah ini penangan orang bercinta? atau macam mana? hehe... Apa kaitanya cintaku dengan pilihan raya,urmmmm... kisahku bermula dizama era moden...
Zaman yang serba maju dan moden ini, aku akui tiada siapa yang tidak mengenali facebook, begitu juga aku yang sangat teruja dengan laman sosial yang dikatakan menghantui dunia kini, tidak kira remaja,muda, tua, ataupun kanak-kanak. Apabila adanya laman ini kadangkala membuatkan aku tidak lena. Persoalan yang aku akan bangkitan hari ini ialah cinta di laman muka muka ini.. Argghhh!! aku tidak pernah percaya, mana mungkin kita jatuh cinta atau terjatuh cinta pada seseorang yang belum kita kenali, apatah lagi belum pernah menatap wajah, alasannya cinta itu buta atau kita yang butakan cinta.. Aku seorang gadis yang cintakan politik, dan aku percaya tidak ramai gadis seperti meminati bidang ini, buktinya sahabat- sahabat tidak endahkan akan cerita-ceritaku apabila masuk tajuk "politik",hahaha... terima jelah..
"Wehh eiman jangan nak politik sangat boleh dak?? belajar je.. kita kan dekat Ipta " kata Aqilah,salah seorang sahabatku. Aku hanya tersenyum dan berkata, " No,no,no politik dah sebati dalam hidup aku,hehe". " Ikut suka lah", aku x perlu risau kerana sahabat-sahabat sentiasa mengalah dengan aku, takkan orang yang berpolitik macam aku boleh kalah hujah, tak mungkin..hehehe..
Di bilik,pastinya depan komputer riba untuk mencari maklumat atas tugasan yang diberika pensyarah, sebenarnya ia hanya sambil-sambil, perkara utama ialah facebook aku. Aku akan "Add" semua rakan-rakan facebook yang memilih parti sama denganku, nak tahu tak apa? oopss.. rahsia laa.. Undi anda kan adalah rahsia.. "Keting!" bunyi menandakan ada mesej yang masuk di akaun facebook ku suatu hari, daripada seseorang yang tidak aku kenali yang pasti dia berada di dalam "kapal" yang sama dengan ku.. "Layan je lah"..
p/s: cerita ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yang mati,jika terkena ianya hanya kebetulan semata-mata.. hehe..very short story and hnya untuk suka2..lau ada yg ase mcm bukan story, sorry.. Kepada pasangan yang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hendaknyaa... have fun!!! Lillah Taala..
Bermula dengan sapaan biasa,
Berbicara tentang hal semasa,
Apabila dia menyatakan Cinta,
Hati berdebar luar biasa...
Puas kuhindar rasa di jiwa,
semakin ia berbunga-bunga,
Tak mungkin ku tolak hadirnya cinta,
Mungkin ini takdir dari yang esa...
Tidak ku hirau akan paras dan rupa
Asalkan kau cinta aku rela,
Tidak ku endah wang dan harta,
Asalkan janjimu untuk setia...
Dimana cintaku bermula?? jawapanya di laman muka buku... kenapa aku x sabar menunggu pilhan raya? kerana janjinya akan memperisterikan aku selepas pilihan raya.. yahoooo!! Disini Cinta bermula dan akan sentiasa membara... "Perkahwinan ialah apa yang di impikan oleh setiap wanita, apatah lagi bagi gadis-gadis sepertiku yang sentiasa tertanya-tanya akan siapa yang bakal bertahta disanubari". Semoga Mahligai indah yang di idam-idamkan terbina serta bahagia hingga syurga.
*HaNyA KaU Yg MaMpU...
p/s: cerita ini tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yang mati,jika terkena ianya hanya kebetulan semata-mata.. hehe..very short story and hnya untuk suka2..lau ada yg ase mcm bukan story, sorry.. Kepada pasangan yang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga, semoga bahagia hendaknyaa... have fun!!! Lillah Taala..
Monday, 6 August 2012
BUKAN AKU...
Jikau kau rasa rindu..
Bukan aku pengubat rindumu..
jika kau kesali kisah lalu..
bukan aku tempat kau mengadu..
jika kau rasa syahdu..
bukan aku tempat merawat sendumu..
jika kau rasa perlu..
bukan aku pelindung mu..
Kita punya DIA untuk merindu..
kita punya DIA sebagai tempat mengadu..
kita punya DIA yang bisa merawat hati yang beku..
kita punya DIA yang sentiasa memayungi waktu..
hanya DIA ALLAH tuhanku yang satu..
bukan aku dan akan tetap bukan aku yang kau perlu dulu,kini dan selalu....

Sunday, 11 March 2012
Teringat dirimu..
Terasa bahagianya setiap hari melihatnya,
Jauh atau dekat hatiku tertanya-tanya,
Akan siapa yang sedang di hatinya,
Saat itu juga aku jadi terpinga.
Masih ada ruangkah untuk aku menyusupi,
Agar diriku sentiasa ada dihati,
Dapat kuluahkan segala Cinta sakti,
Sejak dahulu tanpa kau sedari.
Apakah yang kau maksudkan,
Setiap hari memberi harapan,
Aku pula menanti jawapan,
Untuk melakar masa hadapan.
Menunggumu setiap waktu,
Jika ada perkhabaran baru,
Seharusnya kau tahu,
Aku teringat dirimu.
izinkan aku..
Ku harap kau izinkan aku cintaimu,
Meskipun aku mengerti dengan alasanmu,
Jangan kau pinta aku pergi dulu,
Kerana aku tak akan pernah jemu…
Terlanjur aku mencintaimu,
Mana mungkin aku menjadi tepu,
Tak akan aku halang rasa yang bertamu,
Izinkan aku cintaimu setiap waktu..
Harus Kau tahu
Ketika kau bersama dia ,
Menelannya aku bersedia,
Lirikanmu langsung tidak mengena,
Harus kau tahu aku setia.
Beginikah rasa bila mencinta,
Bagai hati dicuah cuka,
Bahagia dirimu diriku terpenjara,
Harus kau tahu aku terluka.
Menanti hari kau menyapa,
Akan jiwaku yang tertanya ,
Melihat kau bersama dia,
Harus kau tahu aku tak rela.
Biar aku disitu..
Senyumanmu buat aku tak lena,
Padangan matamu buat aku bahagia,
Jelinganmu buat aku sengsara,
Kau sudah buat aku jatuh cinta….
Jangan kau hindariku bila kau terluka,
Carilah diriku bila kau ingin bersama,
Akan aku terus menjadi sang setia,
Atas nama cinta kasih selamanya….
Tidak mungkin aku beralih darimu,
Masa duka dan sedihmu datang bertamu,
Benci dan iri hati terus mengangu,
Biar aku disitu…..
Wednesday, 4 January 2012
MISYAR (f)
" Terima kasih mama", ucapan itu dihulurkan selepas mamanya merestui akan apa Nadjmi hajati.
" Sama-sama sayang, ni semua tanda kasih sayang mama kepada Nadjmi, mama tak mahu Nadjmi melakukan perkara yang dibenci Allah". Puan Faizah bercerita panjang lebar kepada Nadjmi pada petang itu, Nadjmi berasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana telah melembutkan hati mamanya.
" Ustaz, macam mana dengan jemputan untuk peserta dan tetamu pada hari tu? soal Nadjmi kepada Ustaz Shahrul ketika perbincangan mereka tentang program yang mereka rancangkan di bilik Ustaz Shahrul pada suatu pagi.
" Alhamdulillah, saya dah selesaikan hal itu, cuma penceramah jemputan sahaja saya belum mendapat maklum balas darinya, kita tunggu la dalam minggu ni", jawap Ustaz Sharul akan persoalan Nadjmi.
" Ustaz rasa program kita ni akan berjaya ke?" tanya Nadjmi yang masih meragui akan rancangan mereka.
" Masya Allah Muhammad Nadjmi, kamu belum yakin ke akan apa yang kita nak lakukan ni?" Ustaz Shahrul pula yang memulangkan soalan.
" Eh tak lah Ustaz, saya saja bertanya", balas Nadjmi sambil tersengih .
" Ada-ada sahaja lah kamu ni Muhammad Nadjmi", Ustaz Shahrul tersenyum.
" Haa, kamu dah bersedia ke? " Ustaz Shahrul menguji Nadjmi.
" Gurlp...sa...sa..saya.. Insya Allah bersedia Ustaz", Nadjmi menjawap tersangkut-sangkut.
" Alhamdulillah kalau macam tu", Ustaz Shahrul tersenyum lagi melihat Nadjmi yang kelihatan tegang. Mungkin dia takut, teruja, atau berdebar-debar tidak ada siapa tahu.
Nur Farah Ashikin yang telah tahu mengenai perancangan istimewa itu mula membuat persiapan, bersama ahli keluarganya yang lain. Farah sangat bersyukur kepada Allah kerana dia dikurniakan keluarga yang sangat memahami, banyak masa yang dihabiskan selama ini hanya bersama keluarga, baginya keluarga adalah segala-galanya. Setiap apa yang ditempuhi dan yang bakal ditempuhi juga akan bersama-sama keluarga dan dia ikhlas kerana Allah. Semakin hari debarannya semakin terasa, kadangkala terdengar suara-suara sumbang yang membisikan kata-kata yang mebuatkannya mahu membatalkan segalanya, kadangkala ada bisikan peransang yang membuatkannya terus bersemangat.
**************************************
Awal-awal lagi ramai peserta yang telah mendaftar, program yang akan dijalankan didewan pertama di kolej mereka, suasana amat luar biasa, kesemua peserta berasa terkejut apabila mereka melangkah kaki ke dalam dewan.
" Hai, dah macam kenduri kawin pun ada ni", komen salah seorang peserta setelah masuk ke dalam dewan.
" Alah kau ni, tema pun cinta, mybe diorang nak wat nampak macam kenduri kawin la, betul tak?" salah seorang peserta lain pula meneka.
Persoalan itulah yang bermain di minda semua peserta. Setelah keadaan menjadi tegang, Ustaz Sharul tampil ke hadapan untuk membaca doa dan mengumumkan sesuatu.
" Pada hari ini sebenarnya sama-sama akan menghadiri majlis ilmu dan meraikan perkahwinan sahabat kita, Muhammad Nadjmi B. Muhd Fahkrul dengan pasangannya Nur Farah Ashikin. Dewan tiba-tiba sunyi beberapa saat, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang menjalankan tugasnya. Sejurus selepas itu dewan kembali kecoh, ada yang teruja, ada yang terkejut dan ada juga yang cemburu.
" Jadi marilah sama-sama kita pergi ke masjid untuk meyaksikan pernikahan mereka, dan selepas itu kita akan kembali ke sini bersama pengantin baru untuk mengisi hati kita dengan ilmu yang berpatutan. Ustaz tahu kamu semua terkejut, dan inilah keistimewaan pada majlis kita pada hari ini, dua aktiviti berjalan serentak, jadi silakan semua..."
"Aku terima nikahnya Nur Farah Ashikin Binti Azmi dengan mas kahwinya RM100 tunai" Farah menitiskan air mata gembira, Nadjmi telah menjadi miliknya. Nadjmi juga mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.
" Aku mencintainya Ya Allah, kau peliharalah cinta dan cintanya, janganlah engkau membiarkan aku mencintainya melebihi dirimu Ya Allah, aku tak akan berpaling darimu.." Farah menadah tangan mengucap syurga pada cinta pertamanya.
Seterusnya mereka bersama-sama kembali ke dewan untuk acara seterusnya, pasangan pengantin diberikan tempat khas dan dhias indah. Ibu bapa kedua-dua mereka juga turut menyertai majlis ilmu yang berlangsung.
Kesemua tetamu dan peserta memuji pasangan yaang kelihatan secocok, Nadjmi dan Farah tersipu-sipu menerima pujian. Tetamu jemputan iaitu penceramah yang dijemput berkata bahawa program ini harus dijadikan contoh, perkahwinan bukanlah semestinya majlis yang besar dan gilang gemilang, cukup sekadar majlis akad nikah, sedikit jamuan dan lebih baik lagi jika diadakan majlis ilmu sebegini, agar keberkatannya lebih jelas. Majlis " Memperkasakan Cinta" berjalan dengan jayanya, mencapat matlamat dan objektif seperti yang dirancang oleh Ustaz Shahrul dan Nadjmi sendiri atas dasar prinsip yang dipengangnya, "menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram".
**************************************
Najdmi dan Isterinya Farah telah menjadi pelajar paling cemerlang di kolej mereka. Tidak beberapa lama selepas itu juga Nadjmi telah berjaya memperolehi kerja. Janjinya pada isteri tercinta dan juga keluarga ditepati, dahulunya mereka berdua bernikah diatas nama "pernikahan Misyar", tapi kini Nadjmi telah mula menggalas tangunjawabnya sebagai seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Kerana cinta mereka diberkati dan diredhai, mereka berdua dapat mengharungi segalanya dengan penuh kesabaran dan bahagia. Kerana cinta mereka kepada Allah terpelihara, maka Allah memelihara cinta mereka. Farah berasa sedih kerana sahabatnya Nora telah hanyut dalam cinta dunia, Nora menerima ujian yang berat, dengan terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika keluar bersama teman lelakinya, Farah sentiasa berdoa agar sahabatnya bertaubat dan menjadi insan solehah. Farah dan Nadjmi juga pernah dijemput oleh institut pengajian tinggi lain untuk memperjelasi apa itu MISYAR, yang menjadi kisah manis dalam hidup mereka.
##### TAMAT######
P/s : Maaf jika kisah ini tidak menarik, sya berusaha semampunya... Insya Allah.
^__^

Wednesday, 28 December 2011
MISYAR (e)
" Bila kita menutup jalan yang halal, kita mungkin membuka jalan yang haram. Pada pandangan saya kepada semua siswa dan siswi sekalian kalau dah suka sama suka antara satu sama lain,rujuk kepada ibu bapa, dan kepada ibu bapa jika lelaki atau wanita itu tidak membawa kepada kemudaratan, maka permudahkanlah. Jangan kita lebihkan budaya melebihi syariat, kalau islam tidak kata salah jangan kita susahkan. Apa yang diperlukan dalam islam ialah mas kahwin yang dipersetujui oleh oleh kedua-dua pihak, tidak perlu hantaran pun, jika mahu adakan hantaran hanya mengikut kemampuan. Jangan terlalu taksub dengan budaya, islam datang membebaskan diri kita dan mengajarkan kita hidup secara praktikal serta mudah ", Tadkirah Ustaz Sharul di surau sementara menunggu waktu isyak. Nadjmi turut sama di dalam majlis ilmu tersebut begitu tertarik dengan kata-kata Ustaz Shahrul dan membuatkannya lebih bersemangat. Dia perlu berjumpa Ustaz pada keesokan paginya.
" Assalamualaikum Ustaz" Nadjmi memberi salam selepas beberapa kali megetuk pintu bilik Ustaz Shahrul.
" Waalaikumusalam Muhammad Nadjmi, macam mana perkembangan program yang kita rancangkan tu? Ustaz Shahrul mula membuka topik perbualan mereka.
" Alhamdulillah Ustaz, kita tetap akan mulakan pada hari yang kita rancangkan tu, cuma....." Nadjmi sedang memikirkan sesuatu.
" Cuma apa Muhammad Nadjmi?" Ustaz Shahrul menyoal Nadjmi.
" Mama ngan papa saya macam mana Ustaz? saya masih tak dapat persetujuan dari mereka, mama Nadjmi tak faham Nadjmi la Ustaz...." Nadjmi menjelaskan dengan nada sedikit kecewa, dia kecewa kerana mamanya tidak memahami akan kemahuannya.
" Muhammad Nadjmi, kamu jangan risau hal itu, kan Ustaz dah janji nak membantu kamu, kamu hanya buat tugasan yang Ustaz beri tu ya, Insya Allah.. semoga Allah permudahkan amal ibadah yang kita rancangkan ini.
" Insya Allah Ustaz, ermm Farah macam mana Ustaz? keluarga dia?" Masih ada lagi yang bermain di fikiran Nadjmiketika itu.
" Tentang itu pun kamu jangan bimbang, Ustaz akan uruskan". jawab Ustaz dengan tenang.
" Alhamdulillah, saya mintak diri dulu Ustaz, kalau ada apa-apa saya datang jumpa Ustaz balik...Asalamualaikum.."Nadjmi ingin menamatkan perbualan mereka.
" Ya Insya Allah, Waalaikumusalam.." balas Ustaz Nadjmi.
Farah berasa agak terkejut apabila abahnya menceritakan tentang apa yang dirancangkan oleh Nadjmi dan Ustaz Shahrul. Dia begitu tidak menyangka bahawa Nadjmi benar-benar mahu megotakan janjinya, Farah juga berasa lega kerana ibu dan abahnya menerima dengan hati yang terbuka tentang hubungannya dengan Nadjmi. Tetapi, masalah yang paling besar ialah Puan Faizah, iaitu mana Nadjmi. Farah menaip mesej, persoalan dikepalanya harus diberikan jawapan segera.
" Salam, Mcmner ngan mama?" Farah memulakan perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).
Teet...Teet
" Wsalam, Mama? mama mana, mama awak ke mama saya?hehe..." Nadjmi membalas sms dari Farah.
" Mama awkla..awk perli sya ek?urmm..." Farah membalas dengan nada merajuk.
" Sya gurau je la, mama kita kan,hehe?Nadjmi cuba memujuk.
" Hehe, yela tu awk.." Farah kembali ceria.
Mereka berdua berbalas-balas Sms sehingga terlupa akan tujuan utama perbualan mereka. Terus melayang bersama hati dan perasaan jiwa mereka yang sedang bergelora.
*****************************
" Nadjmi, Ustaz Sharul ada jumpa mama dengan papa" tersentak Nadjmi apabila mamanya menyebut nama Ustaz Shahrul, kerana itulah yang ditakutinya, iaitu berbincang dengan mama mengenai niat dihatinya.
" Errr.. Ustaz kata apa mama?" Nadjmi menyoal mamanya.
" Kamu rasa Ustaz kata apa? takkan kamu tak tahu..bukan kamu ke yang suruh Ustaz jumpa mama.." Puan Faizah senyum kepada Nadjmi, akan tetapi senyumannya itu berbaur sindiran, itu jelas dapat Nadjmi rasakan.
" Nadjmi dengan Ustaz banyak hal bincang bersama, Nadjmi tak pasti lah yang mana satu Ustaz bincang ngan mama..hehe" Nadjmi tersengih hingga menmpakkan giginya yang tersusun rapi itu.
" Kamu ni Nadjmi, dari kecil sampai besar, kalau kamu hajatkan sesuatu kamu mesti nak dapatkan jugak kan..hai anak mama seorang ni" Puan Faizah memicit hidung anak tunggal kesayangannya itu..
P/s : Apa rancangan Nadjmi dengan Ustaz shahrul ea? mama Nadjmi bersetuju ke dengan rancangan tu?nak tahu??? tggu Laa............. ^____^

" Wsalam, Mama? mama mana, mama awak ke mama saya?hehe..." Nadjmi membalas sms dari Farah." Mama awkla..awk perli sya ek?urmm..." Farah membalas dengan nada merajuk.
" Sya gurau je la, mama kita kan,hehe?Nadjmi cuba memujuk.
" Hehe, yela tu awk.." Farah kembali ceria.
Mereka berdua berbalas-balas Sms sehingga terlupa akan tujuan utama perbualan mereka. Terus melayang bersama hati dan perasaan jiwa mereka yang sedang bergelora.
*****************************
" Nadjmi, Ustaz Sharul ada jumpa mama dengan papa" tersentak Nadjmi apabila mamanya menyebut nama Ustaz Shahrul, kerana itulah yang ditakutinya, iaitu berbincang dengan mama mengenai niat dihatinya.
" Errr.. Ustaz kata apa mama?" Nadjmi menyoal mamanya.
" Kamu rasa Ustaz kata apa? takkan kamu tak tahu..bukan kamu ke yang suruh Ustaz jumpa mama.." Puan Faizah senyum kepada Nadjmi, akan tetapi senyumannya itu berbaur sindiran, itu jelas dapat Nadjmi rasakan.
" Nadjmi dengan Ustaz banyak hal bincang bersama, Nadjmi tak pasti lah yang mana satu Ustaz bincang ngan mama..hehe" Nadjmi tersengih hingga menmpakkan giginya yang tersusun rapi itu.
" Kamu ni Nadjmi, dari kecil sampai besar, kalau kamu hajatkan sesuatu kamu mesti nak dapatkan jugak kan..hai anak mama seorang ni" Puan Faizah memicit hidung anak tunggal kesayangannya itu..
P/s : Apa rancangan Nadjmi dengan Ustaz shahrul ea? mama Nadjmi bersetuju ke dengan rancangan tu?nak tahu??? tggu Laa............. ^____^
Tuesday, 27 December 2011
MISYAR (d)
" Nadjmi! Ustaz Shahrul nak jumpa kau" beritahu Amirul kepada Nadjmi ketika mereka terserempak di kafe Kolej.
" Ustaz nak jumpa aku buat apa?"Tanya Nadjmi kepada Amirul, dia mula risau.
" Manalah aku nak tau, ya ampun... kau pergi la tanya Ustaz sendiri, haish, muka ni ada macam setiausaha Ustaz ke?.."bebel Amirul apabila Nadjmi bertanyakan hal itu.
" Haa.. ye lah, terima kasih ye Amirul" ucap Nadjmi mematikan bebelan Amirul.
" Hurm, sama-sama" balas Amirul.
*********************************************
Farah sedang baring keseorangan di dalam surau, waktu tiada kelas ini, Farah gunakan untuk berehat seketika di surau. Farah memang suka sendirian, bukan kerana dia tidak mempunyai teman atau tiada orang yang mahu berkawan dengannya, tetapi dia lebih senang begitu. Dia pernah bersahabat baik dengan teman sekelasnya, tetapi pengalaman membuatkannya serik untuk bersahabat baik dengan sesiapa pun. Farah lebih senang berkawan dengan semua orang. Farah dahulunya sangat bersahabat dengan Nora Sahabat baiknya dahulu rupa-rupanya berpura-pura, didepannya baik, tetapi dibelakangnya, menceritakan keburukkannya. segala rahsianya dibuka. Walaupun atas nama sahabat, Nora lebih bersikap mementingkan diri, apa yang Farah miliki semuanya mahu dikongsi, tetapi apa yang menjadi miliknya disimpan sendiri. Jika Farah tidak datang ke kelas pensyarah memberi tugasan, Nora akan merahsiakannya, sehingga hari terakhir tugasan itu perlu dihantar, alasannya lupa dan sebagainya. Nora lebih suka Farah susah dan tidak boleh melihat Farah lebih darinya. Farah tidak menyangka ada juga manusia seperti Nora.
Nora tidak seperti Farah, Nora seorang yang panas baran, cepat melenting walaupun kesalahan tersebut dari kesilapan dirinya. Farah selalu menasihati Nora agar tidak bertindak melulu, bersabar dan bersopan namun nasihat itu dianggap kurang ajar oleh Nora kerana perbezaan usia mereka, Nora lebih tua dari Farah dan Farah perlu sentiasa mengalah kepada Nora atas dasar menghormatinya. Akhirnya Farah mengambil keputusan untuk bersendirian, berbaik dengan semua orang, menjaga hati semua orang dan menghormati semua orang. Farah seorang yang baik hati serta jujur, walaupun Farah mempunyai banyak kekurangan seperti sering lewat ke kelas membuat tugasan di saat akhir, dan Farah juga tidak pernah mengulang kaji pelajaran, dia hanya belajar dikelas. Namun keputusan setiap semesternya agak memuaskan walaupun tidak setinggi Nora yang memang kuat mengulang kaji. Kerana itulah Nora sangat mencemburui Farah. Nora berasa sedikit bangga kerana rakan-rakan sering memujinya comel, pada hakikatnya Farah lebih comel serta cantik, lebih ayu, sopan berbanding Nora. Apa yang lebih membuatkan Nora seperti membenci Farah ialah, Nora juga meminati Nadjmi!..
" Farah, kau kapel ek ngan Nadjmi? Soal Nisa, juga teman sekelasnya.
" Siapa cakap? soal Farah kembali.
" Nora cakap, kau tiap hari kuar date ngan Nadjmi kat Taman hari tu, betul ke?Nisa menjawap persoalan Farah.
" Huh.. aku dan agak dah, tak ada orang lain dah nak menambah cerita selain dia, ada je yang dia tak puas hati ngan aku kan, nak guna bakat kewartawanan dia la tu, hurmm.." keluh Farah.
" Aku bukan apa Farah, aku ni kira rapat jugak la ngan kau kan, sebab tu aku tanya, ni pun aku terdengar je dia duk cerita dekat surau hari tu, Dia kata, kau ni harap je pakai tudung labuh, tapi bercinta jugak..."
Nisa terus bercerita panjang lebar kepada Farah.
" Patutlah masa aku kat surau hari tu semua pakat pandang tak puas hati jew" Farah sedih mendengar cerita Nisa, dia tidak kisah Nora mahu mencanang cerita tentangnya, tetapi biarlah cerita yang benar dan bukan ditokok tambah.
" Kau sabar je lah Farah, nanti dapatlah balasan dia tu, mulut tak bioleh nak jaga langsung". Nisa membela Farah.
" Kenapa tudung aku pun nak dijadikan isu? tudung labuh tak boleh jatuh cinta dan bercinta ke?, Farah tertanya-tanya didalam hatinya, ini bukan kali pertama tudung labuhnya dijadikan isu. Disebabkan Farah memakai tudung labuh, dia tidak boleh buat itu, tidak boleh buat ini, segala tingkah lakunya di perhatikan untuk diadili oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
" Cun sangat ke aku ni? sampai semua orang nak cemburu ngan aku, hehehe" Farah tersenyum sendiri apabila memikirkan perangai teman-temannya.
" Awak tahu tak Nora dah kecoh pasal kita, tetapi dia tambah-tambah lagi, saya risau la awak"
Nora menekan butang send, mesej tersebut diterima di telefon Nadjmi.
Teet..... teet.. mesej Farah dibalas.
" yeke? urm..Nora tu memang, nape awak risau syg?" Nadjmi membalas.
" Sya risau lah, kalau Ustaz Shahrul tahu camner?" balas farah apabila Nadjmi bertanya tentang kebimbangannya.
" Hehe, awk jangan risau ea, tadi baru saya jumpa ustaz Shahrul, dia akan uruskan hal kita, awak jangan risau k, ^__^" Nadjmi menbalas lagi
" Hah? awk jmpa Ustaz Shahrul, cakap psl apa?" Farah terkejut apabila Nadjmi menyebut nama Ustaz Shahrul yang akan membantu mereka.
Nadjmi menceritakan tentang tujuan Ustaz Shahrul mahu berjumpa dengannya tengah hari tadi, rupa-rupanya berita tersebut telah sampai ke pendengaran Ustaz, dan Ustaz telah berjanji akan menolongnya dan Farah.
### BERSAMBUNG PULAK ###
P/s: Ustaz Nadjmi nak tolong Nadmi ngan Farah? nak tolong apa? nt kan sambungannya...hee ^___^

Monday, 19 December 2011
MISYAR (c)
Awal-awal lagi Nadjmi telah bersiap untuk ke tempat yang telah dijanjikan semalam.
"Amboi, wangi betul anak mama hari ni, nak pergi jumpa buah hati ke?" tegur Puan Faizah yang tengah menyiapkan sarapan.
"Ish, tak adalah mama, Nadjmi nak jumpa kawan kejap..hehe." Jawab Nadjmi sambil tersengih menidakkan sangkaan mamanya.
Puan Faizah berasa lega sejak beberapa hari ini, kerana anaknya tidak lagi menyebut tentang niatnya yang ingin berkahwin pada usia muda.
"Ustaz Shahrul ada telefon mama",Puan Faizah menukar topik perbicaraan mereka.
"Hah! Ustaz cakap apa mama?" berdebar jantung Nadjmi apabila mengetahui Ustaz Shahrul menghubungi mamanya.
"Jemput ke rumah dia, ada kenduri arwah, yang Nadjmi macam takut-takut ni kenapa?Nadjmi ada buat salah apa-apa ke? Puan Faizah mula meneka.
"Tak ada lah mama, terkejut je, kalau pasal Nadjmi mesti dia telefon Nadjmi sendiri", Mendengar jawapan mamanya barulah Nadjmi boleh melepaskan nafasnya yang di rasakan seperti tersangkut tadi, mana tidaknya, bimbang dia kalau-kalau Ustaz menceritakan rahsianya kepada mama.
Nadjmi teringat kembali akan apa yang pernah dicerita kan kepada Ustaz Shahrul.
"Ustaz saya ada suka kan seorang perempuan Ustaz, tetapi orang selalu cakap tak boleh bercinta, sedangkan tipa hari saya nampak perempuan tu, perasaan sayang makin bertambah setiap hari, apa saya nak buat ustaz?"
"Muhammad Nadjmi, siapa cakap tak boleh bercinta? Ustaz boleh tolong kamu, tetapi kamu sendiri pun kena tolong diri sendiri"Ustaz memberi kata putus yang melegakan hati Nadjmi.
Nadjmi telah sampai ke tempat yang hendak dituju, debaran hatinya terasa semakin laju, masakan tidak ini adalah pertemuan pertama Nadjmi dan seseorang yang dianggap istimewa olehnya.
"Assalamualaikum.." Nadjmi memberi salam kepada seorang gadis yang sedang duduk di kerusi batu dibawah payung yang berbentuk cendawan.
"Waalaikumusalam.." Jawab gadis bertudung labuh itu, gadis itu adalah Nur Farah Ashikin, Farah telah membuatkan hatinya cair, seorang gadis yang berkulit gebu, putih, sangat comel bila tersenyum, sangat petah berbicara, membuatkan Nadjmi mahu mengenalinya lebih mendalam.
"Macam mana pelajaran Farah?",Nadjmi memulakan bicara selepas masing-masing menyepi.
"Alhamdulillah.." jawap Farah. Mereka terus berbual, Nadjmi yang banyak bertanya, Farah malu untuk berbual sehingga tiada apa yang ingin ditanya kepada Nadjmi, panjang mana sekali pun seolan Nadjmi hanya sepatah jawapannya.
"Aku akan menikahimu,
Aku akan menjagamu,
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu,
Aku akan menyayangi mu,
Ku kan setiap kepadamu,
Ku kan selalu di sisimu,
Seumur hidupmu."
Bait-bait lagu yang sentiasa bermain dibibir Nadjmi dan Farah, lagu itu seperti menjadi 'lagu tema' akan percintaan mereka. Setiap hari Nadjmi dan Farah berasa bersalah kerana mereka merupakan pasangan "Couple", tanpa pengetahuan Ustaz Shahrul mereka terus berhubung. Dek kerana perpegang pada perinsip "tak buat apa-apa, bercinta sahaja", rasa bersalah itu hilang dari hari ke hari.
###BERSAMBUNG LAGI###
P/s: Nadjmi bercinta ngan farah dalam diam rupanya..apa akan jadi seterusnya..tggu smbungan ea..^__^
Sunday, 18 December 2011
MISYAR (b)
" Ustaz tak menafikan ada betulnya apabila ada yang menyatakan bahawa mereke tidak bekerja, tidak mempunyai karier, belum ada ini, belum ada itu. Soalan Ustaz jika mereka tidak berkahwin siapa
yang menjaga mereka? Ibu bapa mereka tetap menjaga mereka bukan? adakah salah jika mereka berkahwin tetapi ibu bapa tetap menjaga mereka? yang kita sebut sebagai perkahwinan MISYAR, dimana lelaki berkahwin dengan perempuan dan diminta kepada perempuan untuk melepaskan diri daripada memberi nafkah, kerana masih belajar dan sebagainya, asalkan mendapat persetujuan perempuan maka terlepaslah lelaki daripada memberi nafkah, maka ibu bapa masing-masing yang akan tetap menyara mereka. Tetapi bukan melepaskan diri buat selamanya, hanya sehingga mereka bersedia, si suami telah bekerja dan boleh menyara isterinya ketika itu. Sama-sama telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya". antara isi tazkirah Ustaz Shahrul minggu lalu yang masih didalam ingatan Nadjmi.
" Assalamualaikum Muhammad Nadjmi", Ustaz Shahrul memberi salam kepada Nadjmi buat kali ketiga kerana salam pertama dan keduanya dilayan sepi oleh Nadjmi. Hanya Ustaz Shahrul sahaja memanggilnya dengan nama penuh begitu.
"Err..waalaikumusalam Ustaz", Jawab Nadjmi yang baru menyedari akan kehadiran Ustaz Sharul.
"Kenapa Ustaz tengok beberapa hari ini kamu asyik termenung seorang Muhammad Nadjmi? Kamu fikirkan tentang apa?".
"Saya termenung Ustaz? tak adalah, saya tengah baca buku ni Ustaz", balas Nadjmi membela dirinya.
Ustaz Shahrul tersenyum mendengar jawapan dari mulut Muhammad Nadjmi.
"Dah merata tempat Ustaz cari kamu Muhammad Nadjmi" Nadjmi tersenyum, Ustaz kesayanganya itu masih setia memanggil nama penuhnya, dahulu Nadjmi agak kekok, tetapi lama kelamaan dia sudah biasa dengan panggilan itu.
"Ada apa Ustaz cari saya?", soal Nadjmi kepada Ustaz Shahrul.
"Begini Muhammad Nadjmi, Ustaz ada perancangan untuk adakan satu program untuk mahasiswa bertemakan cinta, kamu boleh tolong Ustaz cari maklumat untuk jadikan modul?, Ustaz Shahrul mempunyai sebab mengapa dia menyuruh Nadjmi mencari bahan modul padahal Ustaz Shahrul sendiri boleh melakukannya.
"Erm..Insya Allah Ustaz, saya cuba, Ustaz nak bila? apabila Nadjmi memberi tindak balas yang positif Ustaz Shahrul berasa lega.
"Kalau boleh dalam bulan ni, tapi ikut kemampuan kamu lah Muhammad Nadjmi,Semoga Allah mempermudahkan urusan kita insya Allah", Jawab Ustaz shahrul.
"Maklumat macam mana aku nk cari ni, dah la kepala otak tengah berserabut, aduh!", keluh Nadjmi pada suatu hari. "search google je la, hehe", Nadjmi mendapat idea.
Terdapat banyak maklumat seperti yang Nadjmi mahukan didalamnya, termasuklah yang tidak termasuk dalam rancangan.
"Rasanya dah cukup, tunggu aku siapkan dalam bentuk modul je lah, bijak juga aku, kejap je dah jumpa semua maklumat, Alhamdulillah", Nadjmi memuji dirinya sendiri kerana berjaya mengumpul maklumat yang dikehendaki oleh ustaz Shahrul.
Nadjmi Akhirnya tertidur di hadapan komputer ribanya dalam keadaan tersenyum gembira.
*************************
Lagu nyayian Pasha Ungu dan Adelia dipasang kuat oleh Farah, apabila mendengarkan lagu itu Farah menjadi semakin rindu pada si pemberi lagu tersebut, lantas dicapai telefon dan menaip pesanan ringkas.
" Salam, awak wat pe tu" (P) , Mesej dihantar.
Teet.. teet.. Mesej berbalas,
"wslm, saya tengah buat keja sikit, kenapa?" (L)
"Saje je, urmmm.."(P)
" Yela tu saje, rindu kot, hehe" (L)
Farah dan si penerima terus berbalas-balas mesej hingga masing-masing tertidur. Esok hari mereka telah berjanji untuk bertemu...
##BERSAMBUNG##
P/s : Nak tahu farah mesej ngan sapa?? tunggu....hehe ^___^
By : aimanpazil

Lagu nyayian Pasha Ungu dan Adelia dipasang kuat oleh Farah, apabila mendengarkan lagu itu Farah menjadi semakin rindu pada si pemberi lagu tersebut, lantas dicapai telefon dan menaip pesanan ringkas." Salam, awak wat pe tu" (P) , Mesej dihantar.
Teet.. teet.. Mesej berbalas,
"wslm, saya tengah buat keja sikit, kenapa?" (L)
"Saje je, urmmm.."(P)
" Yela tu saje, rindu kot, hehe" (L)
Farah dan si penerima terus berbalas-balas mesej hingga masing-masing tertidur. Esok hari mereka telah berjanji untuk bertemu...
##BERSAMBUNG##
P/s : Nak tahu farah mesej ngan sapa?? tunggu....hehe ^___^
By : aimanpazil
Wednesday, 14 December 2011
MISYAR (a)
"Mama, Najdmi nak kawin lah". Muhd Faiz Najdmi memulakan bicara dengan ibunya. "Hah, Najdmi, kawin ni bukan benda main-main tau, jangan merepek lah". Puan Faizah terkejut dengan permintaan anak tunggalnya itu, mana mungkin ibunya tidak terkejut kerana Najdmi baru memulakan pengajianya di sebuah kolej swasta di Kelantan, usia Najdmi pula baru 19 tahun, pada perkiraan Puan Faizah anaknya masih belum sesuai untuk berkahwin. "Ya Allah Mama, Najdmi tak main-main la, Najdmi rasa tak ada salahnya kalau Najdmi nak kahwin", Najdmi terus meminta persetujuan ibunya. Najdmi memang seorang yang berani, matang dan bertanggungjawab, dan kerana sifat berani itu jugalah dia nekad untuk berterus terang tentang niat yang terbuku dihatinya. " Najdmi, kalau kamu berkahwin kamu perlu jaga anak dara orang, makan,pakai dia, kamu bukan ada pendapatan sendiri lagi, kalau dah habis belajar mama tak kisah sayang, habiskan pengajian dulu baru kita bincang tentang ni ya". Puan Faizah cuba memujuk anaknya agar menukar fikiran.********************************
" Bila seorang lelaki bercinta dengan perempuan itu haram ke? itu bukan haram tetapi fitrah. Cuma kita kena salurkan cinta itu ke jalan yang betul. Sebut sahaja mahasiswa pasti berumur 18 tahun ke atas, umur ini dah terlajak, sebenarnya sejak akil baligh lagi sudah mempunyai keinginan untuk bersama diantara lelaki dan perempuan, sampai termimpi-mimpi dan macam-macam lagi akan berlaku. Jika di pusat pengajian seorang lelaki sudah berminta kepada seorang perempuan dan mahu mengambilnya sebagai isteri dan layak menjadi ibu kepada anak-anaknya, kerana Allah kita sayang dia, dan kalau dan suka sama suka pada pendapat saya kahwin sahajalah. Daripada mereka terdedah kepada lembah zina, lepas itu mengandung dan susah nak berhadapan dengan masyarakat yang tidak memahami lebih baik berkahwin". Masih tergiang-giang di telinga Nadjmi akan tazkirah Ustaz Syahrul bulan lepas, Ustaz Syahrul mengadakan Tazkirah seminggu sekali dan Nadjmi tidak pernah melepaskan peluang itu, baginya untuk menuntut ilmu tidak perlu memilih guru dan topik, tidak seperti rakan-rakannya, tidak suka mendengar tazkirah Ustaz Syarul hanya kerana selalu membicarakan topik "perkahwinan".
"Mama dan Papa dah berbincang, kami tidak setuju dengan keputusan Nadjmi untuk berkahwin". Puan Faizah amat tegas berkenaan hal nikah kahwin ini, baginya ini bukan perkara yang boleh diambil mudah, walaupun suaminya, Encik Fakrul menyuruh isterinya memberi peluang kepada anak tunggal mereka itu. "Tapi Ma..." Nadjmi ingin membantah tetapi dipotong oleh Mamanya, "Tak ada tapi-tapi, Mama cakap tak boleh, tak boleh la Nadjmi". Mata Nadjmi melirik kearah Papanya memohon belas agar membelanya, namun Papanya hanya mengangkat bahu. "Nadjmi nak keluar", pinta Nadjmi untuk melepaskan dirinya dari terus berbahas dengan Mamanya.
### BERSAMBUNG###
By: aiman pazil
Sunday, 11 December 2011
HANYA AKU CINTA IBU SEORANG....
"Ibu baju kak teh dah basuh ke belum? kak teh nak pakai esok", soalku kepada ibu, dengan tenang ibu menjawab "dah tersidai kat luar". Wajarkah apa yang kita lakukan kepada ibu? layakkah IBU mendapat layanan begitu setelah apa yang IBU korbaNkan kepada kita bertahun-tahun. Baiknya hati IBU, tidak pernah marah apabila dipinta itu ini oleh anak-anak, sentiasa bersabar dan terus bersabar. Pernahkah walaupun sesaat anda memikirkan akan tentang apa yang yang pernah dilakukan IBU. Cukuplah hanya memikirkan susah payahnya IBU melahirkan kita, kerana kita tidak akan mampu membalas pengorbanannya. IBU tidak pernah minta agar kita perolehi 30 A, 50 A, menjadi anak solehah dan berguna sudah cukup bagi IBU.
Jika Ibu ada melarang kita dari berbuat sesuatu, apa jawapan yang kita beri, " ibu ni tak faham lah", "ni tak boleh tu tak boleh". Kirakah anda akan bilangan anda melayan ibu dengan baik dan tidak baik. Benarkah ada yang menyatakan bahawa kita dilahirkan untuk menyusahkan ibu dan bapa kita? sebenarnnya penulis amat tidak bersetuju dengan pernyataan itu, malah berasa tidak patut pada mereka yang terus mahu meyusahkan ibu dan bapa. Jika anda seorang yang pemarah dan panas baran, lupakan sifat itu ketika berdepan dengan IBU, Jika anda seorang yang tinggi ego, rendahkan hanya untuk IBU, jika anda seorang yang suka memberi arahan, tunaikan lah arahan ibu, kerana IBU adalah insan yang tidak layak menerima amarah, ego serta arahan dari anda. Sajak penulis BUAT IBU...
Hempusan sang bayu lembut bertiup,
| I LOVE U IBU |
Deruan ombak setia menyusur pantai,
sayu hati bila menatap,
memori indah kita merantai.
Tanda ikatan tulus buatmu,
Lantas ku tuliskan kepada ibu,
Moga abadi disanubarimu,
Dapat bersemi selalu.
Peringatan mu ibu,
Ku kenangi selalu,
Dihati sentiasa terbuku,
Takkan ku ingkari janji denganmu.
Ibu ingatiku akan segala yang manis pasti ada pahitnya,
Begitulah jua kehidupan bersama,
Setiap yang terindah jadikan hiasan,
Setiap yang buruk bukanlah sesalan.
Semakin hari cinta dan sayangku pada ibu semakin bertambah-tambah, menjadi seorang perindu juga kerana ibu. Setiap hari mahu menatap wajah ibu, tunggu ibu, anakmu ini pulang membawa ilmu, akan memperhambakan diri kepadamu setelah Allah dan Rasul. Memang ini bukan yang ibu mahu, tapi ku sedar akan kewajibanku. Terima kasih ibu, "HANYA AKU CINTA IBU SEORANG".
by : aimanpazil
by : aimanpazil
MENJAGA HATI...
Assalamualaikum.. apa khabar hati anda? sihat.. Alhamdulillah. Hati perlu dijaga, agar sentiasa berasa lega, jiwa harus diperiksa, agar iman terus terbela. Terjagakah hati kita? terjaga dari apa? urmm...
Hari ini kita akan berbincang mengenai "Penjagaan hati", bukan hati kita, tetapi hati orang lain. Jika kita menjaga hati orang, hati kita Insya Allah akan terjaga. Perlukan menjaga hati orang lain? jika persoalan itu yang bermain di fikiran anda,maka segeralah berjumpa doktor, kerana anda mungkin mempunyai masalah jiwa. ^__^ Untuk mengetahui sebab kita perlu menjaga hati orang lain mudah sahaja, tanyalah pada diri, "Aku suka disakiti atau aku suka dijaga hati". Jika jawapannya anda suka disakiti, maka anda bolehlah menyakiti hati orang lain, jika anda suka hati anda dijaga, maka jagalah hati orang lain juga.
Bagaimana untuk menjaga hati orang lain..? dan diri sendiri? sebenarnya kita juga boleh menyakiti hati sendiri dengan kata-kata yang diucapkan sendiri. Pasti ada yang pernah menyesali apa yang diucapkan, ia sebenarnya menyakiti hati anda sendiri. Dan cara untuk menjaga hati orang dan hati kita ialah yang pertama Bercakaplah bila perlu, kerana apabila hanya bercakap perkara yang perlu maka, perkara yang tidak perlu akan dikurangkan dan mungkin tiada langsung dan ia boleh mengelakkan diri anda dari menyakiti hati orang dan hati sendiri.
Yang kedua ialah Berfikir sebelum bercakap, berfikir sebelum bercakap ini adalah aspek yang sangat penting, kadang-kadang ia boleh menyelamatkan kita dari amarah orang lain dan juga dosa kerana menyakiti hati orang lain. Tidak rugi juga kita berfikir malah amat menguntungkan.
Yang ketiga ialah Mengunakan perkataan yang baik, perkataan yang menyenangkan hati orang yang mendengar, dan yang bercakap juga akan berasa tenang. Pemilik hati yang kotor yang akan mengeluarkan kata-kata yang kotor. Kotorkah hati anda?
Imam Al-Ghazali menyatakan "keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka ialah lidah. Sesungguhnya lidah adalah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan nafsu".
Dengan kata-kata Imam Al- Ghazali itu jelaslah bahawa kita seharusnya menjaga lidah agar tidak menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Rasulullah juga pernah Bersabda : "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya". ( Hadis Riwayat Imam Tarmizi )
Semoga kita dapat bersama-sama memelihara lidah daripada mendapat kebencian Allah, serta dapat MENJAGA HATI sesama manusia dan tidak memperolehi Dosa tanpa disedari.
By : aimanpazil
![]() |

Saturday, 3 December 2011
Sayang ke macam tu??
Assalamualaikum... selepas 4 hari tak update blog kerana ada halangan yang tak dapat dielakkan, walaupun telah mencuba untuk mengelak..hehe..^__^. Hari ni nk nk menulis sikitlah, sebab tiba-tiba terlintas di fikiran tentang sesuatu perkara yang sering gadis-gadis tidak menyedarinya. Apabila sebut tentang gadis pastinya semua terfikir,"pasal lelaki la ni", ye, tepat sekali..memang nk cakap pasal lelaki pun..Anda semua mesti suka disayangi bukan? tipu lah kalau tak suka..angkat telinga sapa yang tak suka disayangi..hik..hik. Tetapi betulkah cara kita disayangi?sayang ke macam tu?tepuk dada tnya Iman.
Hari ni saya tidak mahu bicara mengenai sayang kepada ibu bapa, daripada ibu bapa, ahli keluarga, teman-teman dan sebagainya, tetapi mengenai kasih dan sayang yang sering di ungkapkan oleh lelaki yang tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan kita, kata nama lain yang mudah difahami ialah "gewe", tahu gewe? lau tak tahu, pakwe..mesti tahu kan..lau tak tahu juga cari tahu atau buat-buat tahu je.. Baiklah sambung topik kita, lelaki kebanyakkan lelaki selalunya pandai "mengayat",betul ke? dan gadis-gadis pula pantang "diayat" pasti sudah lembik. Selepas itu bermula kisah cinta bak remeo n juliet kononnya, berdating bak belangkas, melebihi yang dah bernikah..sehari tidak berjumpa bagai sebulan lagaknya, itulah sindrom yang akan berlaku pada mereka yang mula mengenal virus cinta.
Mula kenal malu-malu, bermesej-mesej dahulu bergayut-gayut kemudian. Selepas itu mula la adegan berdating.Indahnya ketika berdating " tahi kucing rasa coklat", "kentut bau harum". Aduh, parahnya bercinta. Semakin lama tempoh bercinta, lelaki mula meminta "bukti" cinta, berpegangan tangan mula menjadi perkara biasa, alamatnya memang akan binasa. Gadisnya pula tidak segan silu ingin membuktikan cintanya, kepada si dia yang amat dicinta.Sayang ke macam tu?? Sedarkah mereka akan ada DIA yang memasang mata. Sayang dan cinta yang di semai sebelum punyai ikatan adalah haram di sisi agama islam. Perlukah kita membuktikan sayang pada manusia yang tidak kena pada tempatnya sedangkan membuatkan Allah yang patut kita cintai murka..Rebutlah cinta Allah, maka kamu akan perolehi cinta seisinya..
p/s : Cinta tidak sekali-kali salah, malah ia indah, tetapi mengunakan cinta dengan bijaksana agar ia kekal indah...
by: aimanpazil.. ^__^

| Bercinta Seperti Ibu dan Abahku.. ^__^ |
p/s : Cinta tidak sekali-kali salah, malah ia indah, tetapi mengunakan cinta dengan bijaksana agar ia kekal indah...
by: aimanpazil.. ^__^
Tuesday, 29 November 2011
Selayakknya CINTA..
Dhahliya berlari-lari anak, dia ingin cepat-cepat meninggalkan lelaki yang tidak puas menganggu hidupnya. Raimi pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu, tetapi itu sebelum hatinya dimiliki oleh cinta yang lebih hebat seperti sekarang. Dhahliya mengakui salahnya juga kerana tidak berterus-terang tentang penganti yang telah berjaya menambat hatinya kini, secara tiba-tiba Dahliya meninggalkan Raimi begitu, pastinya menimbulkan tanda tanya di hati Raimi. Mereka tidak pernah bergaduh, dahulu mereka merupakan pasangan yang digelar "pasangan bahagia" oleh teman-teman. Namun Dhahliya sendiri tidak pasti tentang bahagia yang dimaksudkan.
"Raimi, boleh tak Liya nak minta tolong dari Raimi." "Kenapa tidak Liya, saya akan lakukan apa sahaja untuk Liya" janji Raimi. "Awak jangan gangu saya lagi!" tegas Dhahliya.
Hancur luluh hati Raimi mendengar akan permintaan buah hatinya itu. Dhahliya pantas meninggalkan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Seperti batu besar yang menghempap tubuh Raimi, dia berasa sangat kecewa dengan permintaan Dhahliya. Tidak adil baginya, kerana dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang pernah dia lakukan.
Malam itu, hanya suara tangisan dan rintihan Dhahliya memenuhi ruang sudut biliknya, Dhahliya tidak pernah merasakan perasaan setenang ini. Peluang itu Dhahliya gunakan dengan sepenuhnya dengan pengabdian Dhahliya terhadap kekasihnya.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, kau lindunganlah aku daripada tipu daya cinta duniamu, sesungguhnya aku telah melakukan banyak dosa kepadamu.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kau ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku,dosa guru-guruku, dan seluruh umat islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, hiasilah kami dengan kasih sayang...." Dhahliya merintih sepanjang malam, memohon keampunan Ilahi rabbi. Dhahliya menganggap dirinya terlalu kotor kerana pernah melakukan perkara yang dibenci Allah. Tidak mampu untuk dia terus-terusan melakukannya. Cukuplah kenangan lamanya yang cukup menyiksa jiwanya. Dhaliya bermohon agar dirinya dikurniakan ketenangan.
Selagi kepastian tidak diperolehnya,mana mungkin Raimi akan berpuas hati. Raimi nekad untuk mencari jawapan pada setiap persoalan yang bermain di fikirannya. Raimi ingin tahu, lelaki mana yang berjaya merampas Dhahliya darinya, sedangkan mereka saling mencintai. "Liya, saya perlukan jawapan dari Liya. Jika saya berikan jawapan dan saya puas hati, saya berjanji tidak akan mengangu Liya lagi". Dengan tenang Dhahliya memulakan bicaranya, " Liya telah menemui cinta yang selama ini Liya cari, cinta yang memberikan ketenangan buat Liya, cinta yang pastinya hakiki dan berkekalan selamanya, cinta ini tiada tandingannya, jika Liya bercinta dengan awak, DIA akan cemburu, Liya tidak akan biarkan DIA cemburu. Liya hanya cintai DIA". Jawapan Liya sebenarnya semakin mengelirukan Raimi. " Saya tidak faham Liya, berterus teranglah". "Cinta yang Liya maksudkan itu adalah cinta ALLAH... Hanya ALLAH yang layak dicintai, cinta ALLAH yang kekal abadi.
"Sayang, apa yang sayang fikirkan tu, jauh abang tengok sayang termenung". Dhaliya tersedar dari lamunanya, "Astarfirullahalazim, Liya minta maaf Abang, Liya cuma teringatkan kisah lama, kisah dimana bermulanya cinta Liya dengan DIA", "Alhamdulillah Liya tidak jauh tersasar". Kini Dhahliya memiliki dua cinta, cinta pada suaminya dan cinta pada Ilahi. Cinta Dhahliya pada suaminya juga adalah kerana Allah semata-mata. Kerana cintanya pada Allah jugalah Dhahliya mengecapi bahagia dan ketenangan di dunia. Hebatnya cinta ALLAH.
Semoga kita semua berjaya perolehi cinta Allah yang maha agung. Insya Allah..
by: aiman pazil
Monday, 28 November 2011
Maafkan Aku....
Aku tidak pernah melupakan dirimu dan mungkin tidak akan pernah, mana mungkin aku melupakan dan meninggalkan dirimu setelah cintamu payah ku gengamikini ku muliki. Dulu seseorang pernah hadir diantara kita puas aku renungi agar dapat aku hindari.
Maafkan aku kerana pernah menduakan CINTAMU,berat hatiku ketika itu untuk melupakan dirinya kerana belum ku sedari akan CINTAMU yang Maha Tinggi. Seharusnya aku menepis dan menangkis walaupun bayangnya. Andai sedari dulu ku temui CINTAMU pasti aku tidak akan pernah menduakanmu, CINTAKU hanya padaMU.
Maafkan Aku kerana pernah menduakanmu, bukan rela hatiku, tetapi kerana pujuk rayu musuhmu, membuatkanku layu. Aku tidak akan mengabaikan dirimu seperti dulu, hanya dirimu dalam hatiku....
YA ALLAH, kau maafkan lah diriku...
sesungguhnya CINTAKU hanya untukmu..
Maafkan aku...
Wednesday, 23 November 2011
Kerana Kau cukup INDAH...

Indahnya jika dapat menjadi wanita solehah, Solehahkah aku? persoalan yang tidak mungkin aku boleh jawab. Aku tidak mahu kelihatan solehah dihadapan teman-teman, ahli keluarga dan sesiapa sahaja selain DIA. Untuk menjadi yang cukup indah aku perlu menjaga auratku... sudah terjagakah auratku?aku harus menjaga batas pergaulanku, itu yang ku rasa sungguh sukar kerana kadangkala ia tidak dapat ku kawal hanya kerana sibuk dengan tugasan duniawi, tetapi aku aku berusaha menjadi yang terindah demi DIA. Aku ingin menjadi perhiasan di dunia. Keayuan wanita tidak terletak pada kecantikannya, kemanisan wanita tidak terletak pada kemanjaanya. Penarik wanita bukan pada kelunakkan bicara yang mengoncang iman pemuda, bukan pada kebijaksaan bermain lidah memujuk rayu.
~ Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indahnya bak permata.
~Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan ketebalan ilmu.
~Hati mengatakan bahawa wanita cantik pada akhlak dan peribadinya.
Sebagai wanita, jangan sesekali tertipu dengan kecantikkan,janganlah terlalu berbangga dengan kecantikkan luaran kerana ia sudah tentu akan menghilang. Peliharalah kecantikkan dalaman yang pastinya akan sentiasa terpendam dan x mungkin hilang KERANA KAU CUKUP INDAH... ^__^
p/s: jangan berdukacita dengan sebarang kekurangan.

Tuesday, 22 November 2011
Lebih Baik Diam ! @__@
Apa yang aku lihat pada pagi tadi, menyebabkan aku terfikir sejenak. Merenung mencari jawapan. Akhirnya ini yang aku dapat, "Lebih baik Diam" daripada bercakap dan menambah dosa serta meghiris hati orang lain tanpa kita sedari. Kadang-kadang persoalan yang kita timbulkan akan mengecilkan hati orang lain, adakah ia sesuatu yang baik? lebih baik diam!
Diam bukan bermakna takut, diam bukan bermakna pengecut, diam juga bukan bermakna akan terlucut. ^__^ Bukankah ada pepatah yang mengatakan "diam-diam ubi berisi" , ertinya walaupon seseorang itu tidak menonjol atau suka berdiam diri ini tidak bermakana dia tidak mempunyai apa-apa yang istimewa, malah mungkin dia yang lebih berkualiti dari kita, dan ini juga berkaitan dengan sifat bersangka baik dengan orang lain.
Perlu ke bercakap perkara akan perkara yang tidak perlu? tidak perlu rasa bahawa jika tidak banyak bercakap bermakna tiada kawan, dikatakan sombong atau tidak ramah. Persoalannya di sini, mengapa kita perlu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain.... Jika kita dapat merenung dan dapat memikirkan menggunakan pemikiran mata hati, maka semua orang di antara kita akan sedar bahawa perlukan akan sikap saling lengkap melengkapi antara kita. Amat rugilah jika kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan yang tidak akan pernah jemu menghasut dan terus menghasut agar kita berada di dalam kesesatan yang nyata. Begitu juga dengan penyakit mengumpat, yang kini seperti wabak yang menular di sekiling kita, "umpama tidak senang hidup tanpa umpatan",bagaimana dengan diri kita? takutlah kepada Allah, hanya itu yang dapat menghalang kita dari sebarang kemungkaran, Insya Allah.
Dari Abu Hurairah R, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda : siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah meghormati tetangganya dan barangsiapa yang berima kepada Allah dan hari akhir hendaklah memuliakan tamunya.
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
By aimanpazil
Subscribe to:
Posts (Atom)