Monday, 6 August 2012

BUKAN AKU...

Jikau kau rasa rindu..
Bukan aku pengubat rindumu..
jika kau kesali kisah lalu..
bukan aku tempat kau mengadu..
jika kau rasa syahdu..
bukan aku tempat merawat sendumu..
jika kau rasa perlu..
bukan aku pelindung mu..

Kita punya DIA untuk merindu..
kita punya DIA sebagai tempat mengadu..
kita punya DIA yang bisa merawat hati yang beku..
kita punya DIA yang sentiasa memayungi waktu..
hanya DIA ALLAH tuhanku yang satu..
bukan aku dan akan tetap bukan aku yang kau perlu dulu,kini dan selalu....

Sunday, 11 March 2012

Teringat dirimu..

Terasa bahagianya setiap hari  melihatnya,
Jauh atau dekat hatiku  tertanya-tanya,
Akan siapa yang sedang di hatinya,
Saat itu juga aku jadi terpinga.

Masih ada ruangkah untuk aku menyusupi,
Agar diriku  sentiasa ada dihati,
Dapat kuluahkan segala Cinta sakti,
Sejak dahulu tanpa kau sedari.

Apakah yang kau maksudkan,
Setiap hari memberi harapan,
Aku pula menanti jawapan,
Untuk melakar masa hadapan.

Menunggumu setiap waktu,
Jika ada perkhabaran baru,
Seharusnya kau tahu,
Aku teringat dirimu.

izinkan aku..

Ku harap kau izinkan aku cintaimu,
Meskipun aku mengerti dengan alasanmu,
Jangan kau pinta aku pergi dulu,
Kerana aku tak akan pernah jemu…

Terlanjur aku mencintaimu,
Mana mungkin aku menjadi tepu,
Tak akan aku halang rasa yang bertamu,
Izinkan aku cintaimu setiap waktu..

Harus Kau tahu

Ketika kau bersama dia ,
Menelannya aku  bersedia,
Lirikanmu langsung tidak mengena,
Harus kau tahu aku setia.

Beginikah rasa bila mencinta,
Bagai hati dicuah cuka,
Bahagia dirimu diriku terpenjara,
Harus kau tahu aku terluka.

Menanti hari kau menyapa,
Akan jiwaku yang tertanya ,
Melihat kau bersama dia,
Harus kau tahu aku tak rela.


Biar aku disitu..

Senyumanmu buat aku tak lena,
Padangan matamu buat aku bahagia,
Jelinganmu buat aku sengsara,
Kau sudah buat aku jatuh cinta….

Jangan kau hindariku bila kau terluka,
Carilah diriku bila kau ingin bersama,
Akan aku terus menjadi sang setia,
Atas nama cinta kasih selamanya….

Tidak mungkin aku beralih darimu,
Masa duka dan sedihmu datang bertamu,
Benci dan iri hati terus mengangu,
Biar aku disitu…..

Wednesday, 4 January 2012

MISYAR (f)

 " Terima kasih mama", ucapan itu dihulurkan selepas mamanya merestui akan apa Nadjmi hajati.
" Sama-sama sayang, ni semua tanda kasih sayang mama kepada Nadjmi, mama tak mahu Nadjmi melakukan perkara yang dibenci Allah". Puan Faizah bercerita panjang lebar kepada Nadjmi pada petang itu, Nadjmi berasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana telah melembutkan hati mamanya.

  " Ustaz, macam mana dengan jemputan untuk peserta dan tetamu pada hari tu? soal Nadjmi kepada Ustaz Shahrul ketika perbincangan mereka tentang program yang mereka rancangkan di bilik Ustaz Shahrul pada suatu pagi.
" Alhamdulillah, saya dah selesaikan hal itu, cuma penceramah jemputan sahaja saya belum mendapat maklum balas darinya, kita tunggu la dalam minggu ni", jawap Ustaz Sharul akan persoalan Nadjmi.
" Ustaz rasa program kita ni akan berjaya ke?" tanya Nadjmi yang masih meragui akan rancangan mereka.
" Masya Allah Muhammad Nadjmi, kamu belum yakin ke akan apa yang kita nak lakukan ni?" Ustaz Shahrul pula yang memulangkan soalan.
" Eh tak lah Ustaz, saya saja bertanya", balas Nadjmi sambil tersengih .
" Ada-ada sahaja lah kamu ni Muhammad Nadjmi", Ustaz Shahrul tersenyum.
" Haa, kamu dah bersedia ke? " Ustaz Shahrul menguji Nadjmi.
" Gurlp...sa...sa..saya.. Insya Allah bersedia Ustaz", Nadjmi menjawap tersangkut-sangkut.
" Alhamdulillah kalau macam tu", Ustaz Shahrul tersenyum lagi melihat Nadjmi yang kelihatan tegang. Mungkin dia takut, teruja, atau berdebar-debar tidak ada siapa tahu.


     Nur Farah Ashikin yang telah tahu mengenai perancangan istimewa itu mula membuat persiapan, bersama ahli keluarganya yang lain. Farah sangat bersyukur kepada Allah kerana dia dikurniakan keluarga yang sangat memahami, banyak masa yang dihabiskan selama ini hanya bersama keluarga, baginya keluarga adalah segala-galanya. Setiap apa yang ditempuhi dan yang bakal ditempuhi juga akan bersama-sama keluarga dan dia ikhlas kerana Allah. Semakin hari debarannya semakin terasa, kadangkala terdengar suara-suara sumbang yang membisikan kata-kata yang mebuatkannya mahu membatalkan segalanya, kadangkala ada bisikan peransang yang membuatkannya terus bersemangat.


                                              **************************************

     Awal-awal lagi ramai peserta yang telah mendaftar, program yang akan dijalankan didewan pertama di kolej mereka, suasana amat luar biasa, kesemua peserta berasa terkejut apabila mereka melangkah kaki ke dalam dewan.

" Hai, dah macam kenduri kawin pun ada ni", komen salah seorang peserta setelah masuk ke dalam dewan.
" Alah kau ni, tema pun cinta, mybe diorang nak wat nampak macam kenduri kawin la, betul tak?" salah seorang peserta lain pula meneka.
Persoalan itulah yang bermain di minda semua peserta. Setelah keadaan menjadi tegang, Ustaz Sharul tampil ke hadapan untuk membaca doa dan mengumumkan sesuatu.
" Pada hari ini sebenarnya sama-sama akan menghadiri majlis ilmu dan meraikan perkahwinan sahabat kita, Muhammad Nadjmi B. Muhd Fahkrul dengan pasangannya Nur Farah Ashikin. Dewan tiba-tiba sunyi beberapa saat, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang menjalankan tugasnya.  Sejurus selepas itu dewan kembali kecoh, ada yang teruja, ada yang terkejut dan ada juga yang cemburu.
" Jadi marilah sama-sama kita pergi ke masjid untuk meyaksikan pernikahan mereka, dan selepas itu kita akan kembali ke sini bersama pengantin baru untuk mengisi hati kita dengan ilmu yang berpatutan. Ustaz tahu kamu semua terkejut, dan inilah keistimewaan pada majlis kita pada hari ini, dua aktiviti berjalan serentak, jadi silakan semua..."

 "Aku terima nikahnya Nur Farah Ashikin Binti Azmi dengan mas kahwinya RM100 tunai" Farah menitiskan air mata gembira, Nadjmi telah menjadi miliknya. Nadjmi juga mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.
" Aku mencintainya Ya Allah, kau peliharalah cinta dan cintanya, janganlah engkau membiarkan aku mencintainya melebihi dirimu Ya Allah, aku tak akan berpaling darimu.." Farah menadah tangan mengucap syurga pada cinta pertamanya.

    Seterusnya mereka bersama-sama kembali ke dewan untuk acara seterusnya, pasangan pengantin diberikan tempat khas dan dhias indah. Ibu bapa kedua-dua mereka juga turut menyertai majlis ilmu yang berlangsung.
Kesemua tetamu dan peserta memuji pasangan yaang kelihatan secocok, Nadjmi dan Farah tersipu-sipu menerima pujian. Tetamu jemputan iaitu penceramah yang dijemput berkata bahawa program ini harus dijadikan contoh, perkahwinan bukanlah semestinya majlis yang besar dan gilang gemilang, cukup sekadar majlis akad nikah, sedikit jamuan dan lebih baik lagi jika diadakan majlis ilmu sebegini, agar keberkatannya lebih jelas. Majlis " Memperkasakan Cinta" berjalan dengan jayanya, mencapat matlamat dan objektif seperti yang dirancang oleh Ustaz Shahrul dan Nadjmi sendiri atas dasar prinsip yang dipengangnya, "menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram".

                                       **************************************

     Najdmi dan Isterinya Farah telah menjadi pelajar paling cemerlang di kolej mereka. Tidak beberapa lama selepas itu juga Nadjmi telah berjaya memperolehi kerja. Janjinya pada isteri tercinta dan juga keluarga ditepati, dahulunya mereka berdua bernikah diatas nama "pernikahan Misyar", tapi kini Nadjmi telah mula menggalas tangunjawabnya sebagai seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Kerana cinta mereka diberkati dan diredhai, mereka berdua dapat mengharungi segalanya dengan penuh kesabaran dan bahagia. Kerana cinta mereka kepada Allah terpelihara, maka Allah memelihara cinta mereka. Farah berasa sedih kerana sahabatnya Nora telah hanyut dalam cinta dunia, Nora menerima ujian yang berat, dengan terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika keluar bersama teman lelakinya, Farah sentiasa berdoa agar sahabatnya bertaubat dan menjadi insan solehah. Farah dan Nadjmi juga pernah dijemput oleh institut pengajian tinggi lain untuk memperjelasi apa itu MISYAR, yang menjadi kisah manis dalam hidup mereka.


    ##### TAMAT######

P/s : Maaf jika kisah ini tidak menarik, sya berusaha semampunya... Insya Allah.
     ^__^

Wednesday, 28 December 2011

MISYAR (e)

     " Bila kita menutup jalan yang halal, kita mungkin membuka jalan yang haram. Pada pandangan saya kepada semua siswa dan siswi sekalian kalau dah suka sama suka antara satu sama lain,rujuk kepada ibu bapa, dan kepada ibu bapa jika lelaki atau wanita itu tidak membawa kepada kemudaratan, maka permudahkanlah. Jangan kita lebihkan budaya melebihi syariat, kalau islam tidak kata salah jangan kita susahkan. Apa yang diperlukan dalam islam ialah mas kahwin yang dipersetujui oleh oleh kedua-dua pihak, tidak perlu hantaran pun, jika mahu adakan hantaran hanya mengikut kemampuan. Jangan terlalu taksub dengan budaya, islam datang membebaskan diri kita dan mengajarkan kita hidup secara praktikal serta mudah ", Tadkirah Ustaz Sharul di surau sementara menunggu waktu isyak. Nadjmi turut sama di dalam majlis ilmu tersebut begitu tertarik dengan kata-kata Ustaz Shahrul dan membuatkannya lebih bersemangat. Dia perlu berjumpa Ustaz pada keesokan paginya.

      " Assalamualaikum Ustaz" Nadjmi memberi salam selepas beberapa kali megetuk pintu bilik Ustaz Shahrul.
" Waalaikumusalam Muhammad Nadjmi, macam mana perkembangan program yang kita rancangkan tu? Ustaz Shahrul mula membuka topik perbualan mereka.
" Alhamdulillah Ustaz, kita tetap akan mulakan pada hari yang kita rancangkan tu, cuma....." Nadjmi sedang memikirkan sesuatu.
" Cuma apa Muhammad Nadjmi?" Ustaz Shahrul menyoal Nadjmi.
" Mama ngan papa saya macam mana Ustaz? saya masih tak dapat persetujuan dari mereka, mama Nadjmi tak faham Nadjmi la Ustaz...." Nadjmi menjelaskan dengan nada sedikit kecewa, dia kecewa kerana mamanya tidak memahami akan kemahuannya.
" Muhammad Nadjmi, kamu jangan risau hal itu, kan Ustaz dah janji nak membantu kamu, kamu hanya buat tugasan yang Ustaz beri tu ya, Insya Allah.. semoga Allah permudahkan amal ibadah yang kita rancangkan ini.
" Insya Allah Ustaz, ermm Farah macam mana Ustaz? keluarga dia?" Masih ada lagi yang bermain di fikiran Nadjmiketika itu.
" Tentang itu pun kamu jangan bimbang, Ustaz akan uruskan". jawab Ustaz dengan tenang.
" Alhamdulillah, saya mintak diri dulu Ustaz, kalau ada apa-apa saya datang jumpa Ustaz balik...Asalamualaikum.."Nadjmi ingin menamatkan perbualan mereka.
" Ya Insya Allah, Waalaikumusalam.." balas Ustaz Nadjmi.


   Farah berasa agak terkejut apabila abahnya menceritakan tentang apa yang dirancangkan oleh Nadjmi dan Ustaz Shahrul. Dia begitu tidak menyangka bahawa Nadjmi benar-benar mahu megotakan janjinya, Farah juga berasa lega kerana ibu dan abahnya menerima dengan hati yang terbuka tentang hubungannya dengan Nadjmi. Tetapi, masalah yang paling besar ialah Puan Faizah, iaitu mana Nadjmi. Farah menaip mesej, persoalan dikepalanya harus diberikan jawapan segera.
 
 " Salam, Mcmner ngan mama?" Farah memulakan perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Teet...Teet
" Wsalam, Mama? mama mana, mama awak ke mama saya?hehe..." Nadjmi membalas sms dari Farah.

" Mama awkla..awk perli sya ek?urmm..." Farah membalas dengan nada merajuk.

" Sya gurau je la, mama kita kan,hehe?Nadjmi cuba memujuk.

" Hehe, yela tu awk.." Farah kembali ceria.

Mereka berdua berbalas-balas Sms sehingga terlupa akan tujuan utama perbualan mereka. Terus melayang bersama  hati dan perasaan jiwa mereka yang sedang bergelora.



                                         *****************************


" Nadjmi, Ustaz Sharul ada jumpa mama dengan papa" tersentak Nadjmi apabila mamanya menyebut nama Ustaz Shahrul, kerana itulah yang ditakutinya, iaitu berbincang dengan mama mengenai niat dihatinya.
" Errr.. Ustaz kata apa mama?" Nadjmi menyoal mamanya.
" Kamu rasa Ustaz kata apa? takkan kamu tak tahu..bukan kamu ke yang suruh Ustaz jumpa mama.." Puan Faizah senyum kepada Nadjmi, akan tetapi senyumannya itu berbaur sindiran, itu jelas dapat Nadjmi rasakan.
" Nadjmi dengan Ustaz banyak hal bincang bersama, Nadjmi tak pasti lah yang mana satu Ustaz bincang ngan  mama..hehe" Nadjmi tersengih hingga menmpakkan giginya yang tersusun rapi itu.
" Kamu ni Nadjmi, dari kecil sampai besar, kalau kamu hajatkan sesuatu kamu mesti nak dapatkan jugak kan..hai anak mama seorang ni" Puan Faizah memicit hidung anak tunggal kesayangannya itu..



P/s : Apa rancangan Nadjmi dengan Ustaz shahrul ea? mama Nadjmi bersetuju ke dengan rancangan tu?nak tahu???  tggu Laa............. ^____^